Khamis, 16 Disember 2010

My Name Is Khan


" is dunia me is sif dour kasam ki insan hai, achi insan jo acha kam karte hai, bohot bure hai, bas yehi ikfar no me or koyi nahe dongi"

SINOPSIS
Merupakan sebuah filem arahan sutradara Karan Johar yg mengisahkan pengembaraan seorang muslim, Rizman Khan yang dilakonkan oleh pelakon hebat Shah Rukh Khan mengalami penyakit Sindrom Asperger yang berasal dari Bolivali dan berhijrah ke San Fansisco untuk meneruskan kehidupannya di sana bersama adiknya. Rizman telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ibu tunggal yang beragama Hindu iaitu Mandira (Kajol Mukerjee). Walau bagaimanapun perkahwinan ini telah ditentang hebat oleh adik kandungnya kerana pasangan ini berlainan agama.Akan tetapi Rizman tetap dengan pendiriannya untuk mengahwini Mandira.

Masalah mulai timbul apabila tercetusnya trajedi 11 September mengakibatkan kelompok Muslim di situ didiskriminasikan oleh penduduk non-Muslim termasuklah keluarga Rizman.Hinggalah pada suatu hari, anak mereka Sameer meninggal dunia akibat perkelahian antara teman-temannya yang menyatakan bahawa beliau anak terroris.Mandira amat kesal berkahwin dengan seorg Muslim dan telah mengusir Rizman. Mandira hanya akan memaafkan Rizman apabila beliau berjaya bertemu dgn Presiden Amerika dan menyatakan" My name is Khan and i'm not a terrorist".

Semasa perjalanan beliau untuk bertemu dgn Presiden pelbagai peristiwa yang ditempuh oleh beliau.Antaranya,beliau dgn tulus ikhlas membantu keluarga ibu Joel dan penduduknya ketika petempatan mereka mengalami banjir besar walaupun mereka berbeza agama,Rizman membantah ajaran sesat dari Dr Faizal Rahman ketika di masjid, dan pengalaman beliau dimasukkan ke dalam lokap akibat salah faham org ramai pabila Rizman berteriak "My name is Khan and i'm not a terrorist". mereka menyangka beliau seorang terrories. Berjayakah Rizman keluar dari penjara dan menyatakan hasratnya untuk bertemu Presiden Amerika dan memberitahu yg dia bukan Terrorist.Kl nk tahu korg kene tonton cerita nie Ok ;p

::Permata Yang Dicari:::



Aku suka lagu nie. Lagu ni sedikit sebanyak ada kaitan dlm kehidupan aku nie yang sedang mencari seseorang yang aku ingini buat teman hidupku nanti.tapi mungkinkah dia tahu akan hasrat hati aku niee.Ha tu pasal la dalam lagu nie ada kata jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.Doa aje la ni.

Hai..ctr2 pasal teman istimewa nie sebenarnye aku masih lagi berusaha sambil2 tu menilai gak ok ke x.Nak bagi tahu ke tak erk? Mmm x payahh. Malu pulak.Kami masih berkawan dan mengenal satu sama lain.Lagi pun prinsip hidup aku xde istilah couple2 niee. X men laaa (insyaallah ).Pd aku biar la kawan sebab secara peribadi aku merasakan bahawa istilah persahabatan tu lebih bermakna daripada couple.Kalo berkawan nie kiter x yah nak hipokrit, boleh mengenali dirinya secara menyeluruh baik buruk die dan aku, tah yah nak wat laporan setiap hari , x yah nk mengabiskan duit tuk berdating2x n d most important is x dapat dosa. Lagi pun dalam Islam mane ader istilah bercouple sebelum kawin nie.bercouple selepas kawin adalah.emmm.Sebenarnye itu yang aku harapkan.

Berkasih lama-lama tanpa sebarang ikatan banyak mendatangkan bahananya, silap hari bulan tah aper2 yang buruk bakal berlaku. Nauzubilah huminzalik, jgnlah aku jadi golongan sebegitu. Apa yang aku harapkan sekarang ni adalah CINTA HAKIKI MENURUT LANDASAN ISLAM. Nikmatnye.Xpela skang nie tawakal dan berdoa sahaja yang mampu aku buat. Jika dia ditakdirkan buatku Ya Allah dekatkanlah hatinya dgn ku dan jika bukan jodohku maka aku harap aku redha dan hubungan persahabatan kami x kan putus sampai biler2.
.....Amin.....

Asyura


Malam td mak aku mengingatkan akan aku esok hari Asyura. Eh'eh hari Asyura esok dpt aku makan bubur Asyura. Yam2. Makan je ingatnye puase sunat x nk ingat. ish2x yeke ade puase sunat aku baru tahu ade puase sunat rupe2nye, patut mak aku bebel.Keh3x. Yela setahu aku hari asyura nie aku g melantak bubur asyura je yang mak aku bawak dr surau. Sonok weh g tolong org kg wat bubur Asyura. Tapi tahun nie aku x g pun, Malas sbb pose nanti terliur, lapo . Motif x boleh pakai. Malam tadi bukan men mangat no nk ikut mak aku. Last2 aku duk umah layan baby Amsyar.

Aku penah la sekali merasai keseronokkan membuat bubur asyura bersama-sama org kg aku. Uih sonok jugak. Bukan senang nk dapat pengalaman sebegini.org pompuan keje ye potong2 segala jenis bahan, masing2 membawa bahan yang berbeza-beza untuk dimasukkan ke dalam bubur nanti. Ada yang bawak nangka, kangkung, pucuk ubi, kentang, jagung, daging tah mcm2 lagi la dibawaknye. Sementara kaum lelaki keje mereka masakMmm..Aku mengistilahkan bubur nie bubur cacamerba (campur aduk la katekan). mcm2 ditaroknye. segala jenis sayur, kekacang, ubi dimasukkan ke dalam bubur nie.

Bercerita tentang bubur Asyura ni ader sejarah die tau yang mana peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan dr banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu adalah bubur. Lalu terciptalah satu makanan yang dipanggil bubur Asyura. Tapi di Malaysia bubur Asyura telah dimodify mengikut negeri masing2.

Isnin, 6 September 2010

::::: D'Muara Resort :::::

...Aslmkum.....
Hai lama ye aku x tulis blog nie..entah la..xde mood nk menulis... semlm seronok jgak lepak2 ngan kawan2 lame mengimbau kenangan lama..cerita org prass menongeng kerana melepas sekuntum bunga yang selamanya telah menambat hati si member aku ni akhirnya disambar org.kehkehkeh..sape kah org tue..xleh la promote kat sini intro2 sudah la..yg selebihnya xleh ctr kene tny empunya badan lee...nk tau sape korg cari sendiri..aku x mau story lebih kat blog aku..hehehhehe....maaf yee...


Tapi kan kekawan bercerita pasal kwn aku sorg nie..bukan ye nak kate pe ah..pada pandangan aku bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor..dah allah dah tetapkan dah bukan jodoh dengan die nk wat mcm mane redha jela..mungkin ader yg lebih baik yg allah dah janjikan tuk ktr cume ktr iktiyar jee...ceh3x..aku nie sibuk nk jadi ahli kaunseling nie pasai pa plak ...xde laa saje je bg pendapat..aku doakan kan yg terbaik je tuk kekwn aku nie.... kl korg plak yg terbace blog aku aper pendapat korg????? bagi la sikit x kan duk baca ja....kut la aku tersalah kata ka..betui kan laa...

sonok la petang tu bercerita itu dan ini...sambil2 tu amik2 gamba aish biasa ah kwn aku sorg nie nk menunjukkan la skill die menggunakan camera canggih...kami nie guna camera cokia jaa...mana boleh tanding camera mahai dia..x la...kwn aku nie baru ja berjinak2 nk jd fotografer la..so kami la jd model yee..hehehhe....boleh la tahan gamba die....kl korg rase cantik kan aku bloleh la promotekan...nie pun dah start promote dah nie....harga ktr boleh runding kemudian..amacam man....hehehe......

Bingkisan untuk tatapan korg:)

















Ahad, 5 September 2010

:::Ot@k Mul@i Kusut:::


Borang Permohonan Masuk Peperiksaan Berjadual Semester 1 Sesi 20102011

Bil

Kod Kursus

Nama Kursus

Set Kursus

Taraf Kursus

Tarikh Masa Peperiksaan

1

GGGA3113

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

1

WF

26/10/2010- 03:30

2

GGGA3213

PENGURUSAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1

WF

27/10/2010- 08:30

3

GGGB3053

KEMAHIRAN ANTARAPERSEORANGAN, KAUNSELING DAN PERUNDINGA

1

WM

02/11/2010- 08:30

4

GGGB3065

PPK: KURIKULUM KHAS

1

PB

28/10/2010- 08:30

5

GGGB3223

KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

1

WF

01/11/2010- 03:30

6

GGGE3173

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

1

WM

25/10/2010- 12:00

7

HHHE2021

KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN II

1

UC

-

8

SKAG3303

PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

2

WJ

08/11/2010- 12:00

Jumlah Unit Ambil : 24

Jumlah Kursus : 8

adoii ya Allah..mak ai.....aku tengok jadual exam kali nie rase mcm nk botak kepale aku...adoi.....
takut yeeeeee...... hai semput aku tengok tiap2 hari boleh dikatekan ader paper.Masyallah....

tu belum lagi balik raye kang, ngan makroteaching, assingmen, presentation ye bersusun, hahahahhaha....mcm mane niee....jangan main2 lagi dah niee...kl lagi men lagi gondol kepale otak aku.........

Selasa, 31 Ogos 2010

...Merdeka..Merdeka...Merdeka....

Merdeka...merdeka..merdeka...itulah laungan yang sering kita dengar setiap kali kita menyambut hari kemerdekaan atau hari kebangsaan ini.'suara keramat' Tengku Abdul Rahman sentiasa diperdengarkan setiap kali kita menyambut hari kemerdekaan negara kita. kepada sesiapa yg belum tahu @ kurang mendapat in4mac,Malaysia telah menyambut ulang tahun ye buat yang ke-53 dah uper2 nye dan slogan utk tahun nie adalah "1 Malaysia Menjana Tranfomasi"..Wow dah tue dah uper ye..lame ye tanah air kita merdeka...Cop2x...merdeka ke kita nie??..yeke ke kita dah merdeka nie? yeke dah jana tranfomasi nie ke cakap je lebih?

Dari sudut fizikalnye memangla negara kita sudah merdeka.merdeka dari jajahan penjajah yang selame ini mendominasi, menakluki, menguasai dan menjajah tanah air kita sekurun abad yang lalu.Tepat sekali, Malaysia sememangnya sudah bebas dari cengkaman penjajahan. Malaysia juga sudah bebas dari duduk dibwh naungan org tetapi adakah Malaysia merdeka sepenuhnya? Pada aku x sbb kl diberi percentage kemerdekaan Malaysia cuma 60% sahaja, selebihnya masih dicengkam penjajahan. Nak tau aper die dak, penjajahan yg aku maksudkan adalah penjajahan minda baik dari dalam ataupun luar. Pandaikan penjajah walaupun die x guna senjata skang ni,tapi die guna otak kita minda kita untuk musnahkan masa depan kita sikit demi sikit exspecially org muda seperti aku nie.

Aik mcm mane tue??
cube kita pikir-pikirkan zaman skang nie kecanggihan teknologi dan kemodenan negara kita kl kita perhatikan sedikit sebanyak memakan diri kita sendiri. bukan aku kate x bagus tue sume cume care kita, kesedaran kita untuk menghadapi lingkaran zaman ini same ader ok ke dak.inilah yang berlaku di negara kita sekarang nie. Adakah kita sudah merdeka kl beginilah generasi muda kita yg kian rapuh dengan godaan nafsu, bahana yang menimpa. salah sape nie?? salah ibu yg mengandung ka??? Banyak cantik muka. tepuk dada tanyalah iman anda..


buat-maksiat



Semperna Hari Kemerdekaan yang diadakan pada tahun ini dengan ditambah serinya lagi dibulan Ramadhan al mubarak nie sama-sama kita ubah diri kita khususnya aku sebagai penulis blog nie agar kita sama-sama menjana satu transformasi yang positif bagi perubahan minda dan moral kepada yang lebih baik. kl dah baik biar jadi yang terbaik. AMIN. dan aku ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan danjalani ibadah puasa kalian dengan aktiviti yang berfaedah.


Khamis, 26 Ogos 2010

:::Ikan Bilis Masak Kicap Bercili Padi:::




Setakat nie belum pernah la aku berbuka dengan nasi bungkus.Tahniah buat aku. Setakat nie aku duk belanja beli barang basah. Bagus jugak.dapat bajet duit dan boleh relax tension dgn memasak ni..mmm:)

Balik kelas drpd aku duk sedap lena, aku dah ubah sikit still aku dgn pikir nk masak pa. Xdela kl petang2 aku duk terguling mcm tenggiling. hari nie bukak kotak oh..ada kentang, cili api ada lagi, ikan bilis, kicap pun ada..nak masak pa ha..masak sempoi2 sudah almaklum org bujang, student plak x boleh la nak mengngebat makan mcm kat umah. janji perut harus diisi.Aku rase aku nk masak ikan bilis masak kicap tp still pedas. yam2x..kecur air liur...

nk tau aku masak gane. care2 nye sonang jo:

ikan bilis
minyak masak
5 sudu makan kicap
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji kentang (potong ikut kekreatifan korg)
20 biji cili padi (ikut tahap kemampuan korg tahan pedas)

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak untuk goreng i.bilis dan kentang sehingga garing, kekuningan dan angkat. ketepikan.
  2. Cili padi, bawang putih dan besar dipotong halus
  3. Cili padi, bawang putih dan besar dipotong halus.
  4. Tumis bawang dan cili hingga layu dan naik bau.
  5. Masukkan kicap & kacau.
  6. Tutup api.
  7. masukkan i.bilis dan kentang
  8. Selamat mencuba...sedap...hingga menjilat jari beb..roomate aku paling suka aku masak lauk nie..

Isnin, 9 Ogos 2010

Harga barang makin naik di bulan ramadhan, kene jimat ni

Asal bulan Ramadhan je naik barang, naik barang je bulan ramadhan...Hohoho..stop!!!bukan kerana bulan nie laa....pandai2 je....salah bulan nie kee..uih hurafat semata2.tukar midset anda ok.xde makne ye penyebab bulan nie pun...

Sebenarnye harga minyak akan tetap naik tapi kedatangan bulan ramadhan kali ini turut disertai dgn kenaikkan harga barang penting yakni gula dan petrol. harga petrol naik 5 sen dari harga RM 1.80 kepada RM1.85 seliter untk petrol RON95, begitu juga ngan harga gula yang naik 25 sen dgn harga terkini RM1.90 sekg. So ape yang penting jgnla merunggut,stress even berfikiran negatif sekalipun. sbbnye kalo ktr stess sekalipun, duk merunggut bukannye harga minyak boleh turun, sebaliknya ktr sbg pengguna atau senang ctr rakyat Malaysia sebagai komponen makronye haruslah memikirkan startegi utk keluar dari sarang rungutan dan pemikiran negatif yg membebankan kepale otak nie.

Bak kate Dr Azhar dalam Mingguan Wanita paparan minggu nie yg aku bace, die kata 80% -90% penyakit datang dari gejala tekanan. Hari ini setelah minyak naik, mak ai ramai yg tertekan dan mula mencari jalan utk kembali seperti dahulu. walaubagaimanapun kita sebenarnya tidak boleh terus menjadi negatif dan merungut kerana kite akan mengumpul semua perasaan dan fikiran negatif untk disimpan di dalam kotak memori yg akan melihat hidup sebagai sesuatu bebanan.

So bulan ramadhan nie sebenarnya kalo ktr pikir-pikirkan, bulan nie merupakan the best part dan the best months la kalo ktr nak berjimat cermat. Ala lagipun Allah kan suka kl ktr sbg umatnye bersederhana dan tingkatkan amalan dr ktr terus memikirkan bahana kenaikan minyak nie.

Sebagai tip dan jimat ye ape yg aku kene ubah dan cube buat:
1. kurangkankan tabiat mengunjungi bazar ramadhan
langkah nie memang dapat menyelamatkan duit aku disamping menjaga nafsu makan di bulan puase nie. so nak makan aper aku kat bilik nie kl x g kuar cari makan, minum air sejuk ke...xde la, ktr tukar la masak sendiri. lagi murah, beli barang2 stok makanan yg tahan lame seperti , beras, bihun, perencah, sayur yg boleh tahan lame, sadin, ikan bilis, kentang sume bagaila kene complete dalam senarai list stok makanan aku. tu baru baper yar je dan boleh pakai lame. jimat2x...selain tu ktr dapat pastikan makanan ktr tu diyakini bersih dan insyallah menepati citarasa aku sbb aku yg masak.

2. jgn bawa wang yg berlebihan.
ini very important nak kawal perbelanjaan yg berlebihan dan jgn luper beli ikut keperluan dan jgn ikut nafsu.

3. bajet harian
hat ni belum lagi aku buat, bajet taget kurang dari RM20 try.dan kalo boleh aku nk try buat satu penyata kire2. beraper duit aku kuar dan masuk..wah!! baru insaf betapa boros ye aku.

4. Azam berjimat
hat nie kene tahan cubaan sikit.lantaklah org nak kate aku jimat, bajet, kisah pe aku, pe penting try azam nak jimat, sehari paling minima 20 sen masuk tabung.

actually, Islam sendiri sudah memberikan jalan terbaik utk perancangan kewangan hingga dikatakan org yg membazir tu saudara syaitan.Islam adalah agama yg saling cinta mencintai dan apabila cinta Illahi dijadikan asas kehidupan segala permasalahan pasti mudah dirungkai.

membincangkan kegeraman harga barang naik x mampu menurunkan harganya tapi ktr sendiri yang terbakar dgn emosi. Bubakebaboo.....emosi yg terbakar bukan sahaja membakar kemarahan tapi ianya turut membakar masa hadapan. stp keputusan yang berlandaskan emosi itu amatlah merugikan. Emosi sikit xpe tapi kene pandai soft problem balik.Tapi aper yg penting jadikan ini sebagai ujian dan tingkatkanlah prestasi dan kurangkan kontroversi di bulan Ramadhan yang penuh barokah nie..Zaz....





Rabu, 28 Julai 2010

Nak dijadikan cerita........


Rase jugak besalah kat kwn aku tue, sbb aku la yg suruh letak kat kerusi kosong kat depan tempat duduk kami, dah terdetik dah hati kawan aku nie, sat lagi lupe, aku kabo la, xpe nanti ktr masing2x ingat la. habis je kelas Pengukuran dan Penilaian tue, Huh, dua2 org x ingat, mane nak ingat ye, pikir masalah baju nak pertandingan x settle lagi, sok sek2x menyembang, terus je kuar dr dewan kuliah, x sedar brg yg begitu berharga ader tertinggal.Memang rase besalah kat kwn aku nie, kl aku x letaklah mp3 tue kat depan, mesti x hilang.Mcm mane nk settle problem nie, patut ke aku ganti balik, kt roomate aku ikutkan 2x salah sbb salah masing2 x ingat, lalai.tapi pikir jugak, kut la kwn aku xleh accept. Dia memang la x kaba aper2 pun, tapi tengok air muke die len la, ckp pun mcm entah la, lepas je aku bg tau hal nie, dan die pun baru tersedar mp3 die hilang.Mcm mane nak wat erk. Slow talk ke, ganti ke, buat x tahu je ke,ke perasaan aku je.eeeeeeeeeeeee..kusut2x.....

Habis je class, terus balik bilik, otak kl tengah tension rase mcm nk kuar, pe lagi ajak la roomate kuar, lepas je solat Asar, ktrg g Warta cari stok makanan dan lagi satu minyak motor pun dah mulai kering, memang patut diisi dan memang patut pun ktrog kuar. Sonok sgt membeli belah, xsedar dah hampir kul 8, aik x solat g nie, Kuar la dari Warta.

Ceh3x, dah siap nie pakai halmet bagai, tinggal nk bukak kunci tanyar je. Ahhhhh..naper xleh ni, stak plak dah, Ah ketat. Terkial2, pusing sane pusing sini, dah nik berpeluh dah dua2 org anak dara nie. aper ktr nk wat nie. Roomate aku kate tepon org tiup mtr nie hah, haik, aper kaitan, oh mayb boleh tlg. dlm fikiran la duit lagi bakal nk melabur kat die, tepon2 x angkat2 pun, sembahyang kut org nie.Tetibe datangla sorg mamat nie, baru je nk melandingkan motosikalnye berhampiran ngan motor kami, aper lagi, ngan perasaan x malunye, awak2x, boleh tlg kami dak, kami punye kunci nie xleh bukak. mamat tu x kate pe pun, die terus je menghampiri kami dan menolong, dengan kekuatan kelakiannya, sekejap je pun. Alhamdullilah. dgn ucapan terima kasih kami pun bla.

Dalam perjalanan, roomate aku bebel la sikit, tu la ktr, Allah tue suruh sembahyang, jgn jalan senja2 kan aper dah jadi.ahahhahahah.aku kate la kl x kerana kunci nie xde kenangan kang ngan aku.weeee. ayat nk tutup kesalahan.hehehhee....

lepas tue terus je g cari surau, selesai je solat, biase la time antara menunggu isyak nie, kl kat surau ader la budak2 datang mengaji. Aku tengah lipat kain telekung, bising2 la bebudak tue, boleh ke kami masuk ke ni ,aku kate masuk jela, siape nak ajar nie?ustazah, ustazah ke yg ajar kami, Ustazah??? tengok kiri kanan xde saper aku ke yg dimaksudkan. hai dgn pakaian aku yg berseluar, blaus lusuh dan hanya memakai tudung indon nie die kate ustazah. hai2 budak2 nie...hehehe..lucu rase. aku kate la xde la dik, ustazah nanti die dtg, masuk dulu. lepas je kuar. terbaha-bahak aku ngan roomate aku gelak. roomate aku kate die mcm tau je akak tu sek agama, motif!!! aku kabo...ahahhahaa..

Ohh perut pun dah keroncong dan perlu diisi, singgah jap makan malam. lepas makan kami terus balik ke UK.......M.Hilang gak cikit tension nie tapi masih lagi terase bersalahnye. aper patut aku buat erk?????


~Walaupun Bukan J..U..A..R..A tapi apa yg penting H..A..P..P..Y~



Alhamdullilah..selesai sudah pertandingan tarian 1 Malaysia yg dianjurkan semperna Karnival Hari Guru UKM semalam. Seronok sangat2x.Aper x sonok ye, seumur hidup mane la aku nie penah masuk tarian aper2, nie kene plak jadi wakil program tuk sertai pertandingan nie.

Aku yg x pandai aper2 dlm bab2 tarian nie, x semene-mene jadi koreografer tarian. nk cari mak2 nyah tlg kami xde saper yg yah dlm klas, nk try tanye budak2 tarian kolej xde saper yg rapat last2 aku jugak yg jadi bidang terjun..Perh agak mencabar kewibawaan aku. Kak pae petang tue dah siap bagi aku lagu dan siap de video tuk aku try dulu mcm mane. Uih agak susah.Xpe2, try ah dulu, uper ye memang susah, sampai 2 pagi menghafal step baru boleh dapat. Esok dah start dah nk ajar anak murid.kalo ckgu pun x pandai nk wat mcm mane nie..hehehhe..Mula2 susah gak nk ajar, sume ye agak x reti nk menari termasukla aku yg mane pergerakkan ye agak la kaku mcm kayu. Tapi cube3x...uih berhasil jugak. dalam masa 4 1/2 hari semua org boleh hafal step masing-masing.

Walaupun kami bukanlah JUARA dalam pertandingan ini, tapi kami tetap HAPPY. Menang kalah memang adat dalam pertandingan, mungkin disebabkan kami kurang dari skill tarian sbb tue kami tidak tercalon dalam list finalis malam tue. Xpe2, next time kalau ader lagi peluang, kami try cube yg terbaik punya.TERBAIK YUP!!


Sedikit bingkisan buat tatapan kalian:








Ahad, 25 Julai 2010

UKM gelap gelitaaa.................


Seharian UKM xde bekalan eletrik, hujung minggu plak tue.baru je nak landing2 ngan bantal peluk, merebah badan yg sengal2 akibat malam tadi semangat sgt belatih menari.Member2 dpt je tahu satu UKM xde letrik, sume pakat nak keluar. Aku memang malas ye nak kuar g mane2 ahad nie, niat nk berebah je kat tilam.Sbb malam nanti nk kene belatih lagi menari, kang pancit plak menari sbb g ke hulur hilir. Konon2 boleh gak simpan tenaga tuk malam karang.

Seawal jam 7.30 pg, berduyun2 students UKM tunggu bas, aku dgr dari member aku tunggu dari kul 8 pagi masih lagi x dapat naik bas, last2 kul 11 baru dapat naik.Siannye, kl aku xde makne ye la nk kuar, sbb dah set dlm otak harini aku nk tido.hehehe.

Aku ngan roomate aku satu kepale gak, die baru habis Program kat Dectar, penat x mau g mane2 segeng la ngan aku berfantasi di alam mimpi.tido x ingat dunia. pagi2 sedap la tido, sejuk je. beselubung satu badan ngan selimut.Ahhh..enak ye.naik je t. hari, adoi, mulai panas ditambah plak dgn kebisingan budak2 indon practise pancaragam. dum.dam.dum.dam.memekak aje.

Dum.dam.dum.dam.kisah pe, tido tetap tido, masyallah melampau betul aku

Ya allah memang melampau, sampai member aku ketuk pintu ajak kuar makan baru bangun.Adeh walaupun tido lame tapi kaki aku masih lagi sakit, ingat blh sembuh tido lame.mak ai petua mane aku dengar nie.

Dijangkakan petang karang baru bekalan letrik ada balik, sampai kolej,still xde lagi, lepak jap kat cafe sambil minum2, saje nk tengok suasana biler xde api. Kesian ye aku tengok, banyak makanan x habis, tokey kedai duk melangngok je, bebudak yg dtg boleh dikire berape kerat je yg lepak. nasib aku x amik gamba.Balik je bilik, mmm xde letrik lagi, aku pun dah terikut tokey cafe tuk melangngok kat tepi tingkap, ruper2 ye bukan aku sorg je yg bertabiat mcm tue, aku tengok kat atas, mak ai, ramai ye yg termenung, ko pandang aku, aku pandang ko..kikiki..

Pukul 6.40 dah nk dekat senja barulah ada balik eletrik, yeah sonok ye:)

Jumaat, 9 Julai 2010

ikan patin masak tempoyak



haa...
nampak tak aper tuee....
fulamak..kuning tuee....
memikat..terpikat.....

ammmmm...:)

Skang nie kan dah mulai musim durian, kat sg besar nie dah start dah org jual durian, ada yg selonggok RM10 la, sebiji RM8 la 5 hinggit pun ada ,mcm2 harga yg ditawarkan oleh jurujual mengikut saiz dan jenis buah.Tp kepada penggemar raja buah ini 4 sure xde hal punya dan sudah past akan membelinya. Bercerita tentang raja buah nie, aku nk kongsi satu resepi dgn korg. Sebenarnya kl nk diikutkan aku nie bukan hantu durian, tp kl durian tue sudah dijadikan tempoyak aku makan. pelikkan tapi ianya benar memang x suke. Baunya aduh pening~~~

Dalam family aku ada 2 org je yg x makan buah nie aku n adik aku yg last.hehehe:)
kl diorg beli je buah nie,kami akan buat dek je kl mak suruh rase. Mak aku kata rugi yela x rase.entah x minat X(


X kisah la suka x suke. baik kite teruskan dgn resepi ktr ye.. Resepi gulai tempoyak yg aku masak nie aku pelajari dr kakak aku , die di memang pro bab masak memasak. ok, bahan2 nk memasaknye ktr memerlukan:

1 ekor ikan patin( dikerat 5 dan dibersihkan dgn asam dan garam)
2 mangkuk air
25 tangkai cili padi
1 senduk tempoyak
sedikit kunyit hidup
1 keping asam keping
secekak daum kesum
8 biji belimbing buluh
garam dan perisa secukup rasa

Sebenarnya masakan nie ada dua cita rasa dan stail masakan ye yg berbeza yg mana kl ngri Perak diorg masak x tarok pun daum kesum tp kl cara masak ngri Pahang mereka guna daun kesum.
step 1:
cili padi, kunyit dan tempoyak diblan sehingga lumat dgn sedikit air@ kl rajin tumbukla.

step 2:
masukkan bahan yg dikisar ke dlm periuk dan masukkan ikan patin

masukkan asam keping
masukkan belimbing buluh
masukkan daun kesum
masukan air
akhir sekali masukkan garam dan perisa

step 3:
panaskan api, kacau sehingga sebatikan bahan2 tadi. kemudian masak dgn api yg sederhana sehingga menggelegak dan hampir pekat. Kl ikan pun masak(sudah lembut) dan rasa ye betul2 kau boleh la sedia mangkuk;)

step 4:
siap utk disajikan dgn nasi yg panas.



Rabu, 7 Julai 2010

T..I..T..A..N..I..C

Every night in my dreams
I see you. I feel you.
That is how I know you go on

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on


Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you’re here in my heart
And my heart will go on and on

Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never go till we’re one

Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we’ll always go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you’re here in my heart
And my heart will go on and on

There is some love that will not
go away

You’re here, there’s nothing I fear,
And I know that my heart will go on
We’ll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on

Wah...best ye dengar lagu nie terasa diawang-awangan, terbuai-buai la plok even dah beraper kali dengar dan dah lapok dah pun lagu nie tapi memang aku feeling habis. Fulamak, syok tue lagi2 tengok ctr die.

Siapa la yang x pernah tengok ctr TITANIC nie memang satu kerugian la bg korg yg x ikut ctr nie. Sbb aper aku kate rugi, sbb banyak moral value yg disampaikan dalam cerita nie.


Subhanallah, ternganga mak aku tengok filem nie. bak kate mak aku tula, suka sgt wat maksiat, asyik seronok je, kapten kapal plak menyombong,yakin noo kapal tue kukuh dan x akan tenggelam kerana teknologi yang diterapkan mempunyai nilai kualiti yang tinggi. Perh,sekali tuhan nak uji, hah amik ko,akibat pelanggaran iceberg, kapal Titanic kecundangan juga. Dalam masa 2 jam je seluruh kapal tenggelam di lautan Antlantik.


Em aper lagi yg best dalam ctr nie erk, slot percintaan la yang seorg jejaka yg bernama Jack yang dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio sebagai pemuda yang berstatus org biasa telah jatuh cinta plak ngan heroinnya Rose yang dilakonkan oleh Kate Winsletbilly yang merupakan wanita anggun dari kelas atasan.

film-16

Dalam percintaan mereka nie ada la part2 best yg paling popular dan org yg bercouple suke la tiru ctr nie adelah agenda terbang menerbang.hahhaha.Tapi aku suka ayat nie "Nothing on earth could come between them"( Tiada satu pun di bumi ini yang sanggup memisahkan mereka) puitis betul la biler pelakon tue ungkapkan.Ha maksudnye aper tue, konon2 ye cinta sejati la yang mana dr sudut psikologinya akan mengasyikkan lagi penonton2 filem nie.walaubagaimanapun, the last ending ku pikirkan kisah cinta diorg die kekal rupe2 nye percintaan anatara Rose dan Jack bagaimanapun tidak kekal lama apabila jack terbunuh dalam tragedi kapal Titanic.
film-37

film-38


film-43

film-44
Selain tu pengajaran yg dapat hasil drpd tontonan filem nie melihat bahawa org yg bertanggujawab dalam mengedalikan kapal ini mengambil ringan akan ancaman persekitaran yang mane seramai 2,300 org penumpang berada di dalam kapal, tetapi hanya lebih kurang 20 buah bot penyelamat disediakan.Ikut logik memang x cukup.Meskipun laporan tentang kewujudan iceberg di persekitaran perairan yang akan dilalui diterima, kapten tidak mengarahkan supaya kelajuan kapal dikurangkan.

film-39

PD*771001



Selasa, 6 Julai 2010

Surat Wasiat P'jaga Makam Nabi Muhammad SAW

bace sampai abez....pastu fowardkn.....ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.

4.tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.

5.Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.

7.Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor.Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.Banyak lagi contoh-contoh orang yangmenerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.

InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

PERHATIAN
setelahmembaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuraAZIRAn dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM...

Risalah ini telah pun di hantar oleh member aku Norafida di laman sosial Facebook baru2 nie, dan aku sengaja post utk korg same2 membacanya. Secara peribadinya aku rasa risalah ini sedikit sebanyak bnyk mendatangkan kebaikkan, Tapi yg paling penting biarlah nawaitu ktr buat krn Allah Taala dan bukanlah ktr mengharapkan sesuatu tuah akan bakal berlaku seperti mana yg dijangkakan. dan sekiranya apa yg terjadi adalah benar berlaku ktr menerimanya sbg anugerah yg diberikan oleh Allah terhadap hambanya:)

Wallahu'alam bissawab.