Khamis, 16 Disember 2010

My Name Is Khan


" is dunia me is sif dour kasam ki insan hai, achi insan jo acha kam karte hai, bohot bure hai, bas yehi ikfar no me or koyi nahe dongi"

SINOPSIS
Merupakan sebuah filem arahan sutradara Karan Johar yg mengisahkan pengembaraan seorang muslim, Rizman Khan yang dilakonkan oleh pelakon hebat Shah Rukh Khan mengalami penyakit Sindrom Asperger yang berasal dari Bolivali dan berhijrah ke San Fansisco untuk meneruskan kehidupannya di sana bersama adiknya. Rizman telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ibu tunggal yang beragama Hindu iaitu Mandira (Kajol Mukerjee). Walau bagaimanapun perkahwinan ini telah ditentang hebat oleh adik kandungnya kerana pasangan ini berlainan agama.Akan tetapi Rizman tetap dengan pendiriannya untuk mengahwini Mandira.

Masalah mulai timbul apabila tercetusnya trajedi 11 September mengakibatkan kelompok Muslim di situ didiskriminasikan oleh penduduk non-Muslim termasuklah keluarga Rizman.Hinggalah pada suatu hari, anak mereka Sameer meninggal dunia akibat perkelahian antara teman-temannya yang menyatakan bahawa beliau anak terroris.Mandira amat kesal berkahwin dengan seorg Muslim dan telah mengusir Rizman. Mandira hanya akan memaafkan Rizman apabila beliau berjaya bertemu dgn Presiden Amerika dan menyatakan" My name is Khan and i'm not a terrorist".

Semasa perjalanan beliau untuk bertemu dgn Presiden pelbagai peristiwa yang ditempuh oleh beliau.Antaranya,beliau dgn tulus ikhlas membantu keluarga ibu Joel dan penduduknya ketika petempatan mereka mengalami banjir besar walaupun mereka berbeza agama,Rizman membantah ajaran sesat dari Dr Faizal Rahman ketika di masjid, dan pengalaman beliau dimasukkan ke dalam lokap akibat salah faham org ramai pabila Rizman berteriak "My name is Khan and i'm not a terrorist". mereka menyangka beliau seorang terrories. Berjayakah Rizman keluar dari penjara dan menyatakan hasratnya untuk bertemu Presiden Amerika dan memberitahu yg dia bukan Terrorist.Kl nk tahu korg kene tonton cerita nie Ok ;p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan