Jumaat, 30 April 2010

Ditipu


Dah penghujung bulan 4 rupe2 ye. Mmm.pejam jelik-pejam celik habis sudah paper aku yg terakhir dan aku pun dah nk balik ke kg esok. Tapi kalo nak diikutkan bukan ye esok tapi harini. Disebabkan kakak aku yg sorg nie teramat baik, konon2 nak menjemput aku di kampus, maka aku pun membatalkan hasratku utk pulang menaiki KTM.

So semangat la aku nie, hai rase bertuah konon ye ader org nak amik. Tunggu punye tunggu x sampai2, hari dah malam. Aku dah naik risau, dah sampai mane, ader apa2 ke. Sbb die bg tahu bertolak dr rumah pukul 5 ptg, jd aku agak dia mungkin sampai mahgrib. Hati dah x sedap,hati dah mulai x keruan, leher dah panjang menunggu. Jadi aku aku pun telepon. Tanya la sampai mana.Si akak aku ni kabo la "aku dah sampai Sg Buluh". Aku agak x jauh dah, dalam sejam lebih dah boleh sampai.

Tengah aku duduk mengira pukul baper kakak aku ni sampai, aku dengar suara org menjerit kat belakang sambil tergelak-gelak
"Alang tipu! die kat rumah x pergi pun..."

Aik mcm penah ku dengar suara itu. Aah suara mak dan adik aku tengah mengelakkan aku.. Ah tidak!!! aku ditipu!!!. Punya la sakit hati aku x terkata rasanya.


Apa lagi kene bebel la, cakap mcm taik kucing, kl kata nk amik conformkan la betul2, kl x jadi kaba la awal2, xdela aku ni tertunggu-tunggu . Dan rasanya kl dia kaba awal2 kek ye ada keje ke, penatke , malas ke, xde mood sekali pun, mungkin boleh aku bertolak awal balik kg petang tadi.Rasa kesalnya la hai Allah jela yg tahu.

Kesimpulannya,sabar dan redha terima saje hakikat yg aku akan balik esok. Dan buat kakak aku yg tersayang, kalo terbaca blog adikye ni, satu peringatan dan amaran supaya jgn ulangi perangai mcm tue lagi. OK.





Khamis, 29 April 2010

KTM menyediakan gerabak khas utk kaum sepertiku


Bila mana aku terbaca berita nie di akbar metro, perasaan aku lega yg teramat.Syukur alhamdullilah.Bagus jugak pihak KTM buat mcm tue. Banyak manfaat yg boleh dapat antaranya mengelakkan ganguan seksual walhal wanita yg mengandung, tua dan yang membawa kanak-kanak mempunyai harapan yang cerah utk mendapat tempat duduk.

Mengenai ganguan seksual di atas, aku dan story sikit pasal kisah kawan aku yg pernah mengalami trauma akibat diraba oleh seorg lelaki ketika mana dia dan kawannya pergi bershoping di KL. Biasalah perkhidmatan KTM biase ye jarang sekali aku tengok keadaan di dalam gerabak kurang penumpang, selalunya macam tin sadin penuh, sesak dengan baunye pendek kata mcm2 ada. Oleh kerana keadaan di dalam KTM yg mcm tin sadin tue, maka x mustahilla kejadian tue boleh berlaku. Ada sahaja tangan yang tertiba je gatal mereyam nak menyeluk saku org la nak meraba org la. Dan ketika mana kejadian itu berlaku, member aku nie sedar, walaubagaimanapun oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan utk dia membuat sebarang tindakan, dia hanya mendiamkan diri. Selepas keluar dari KTM barulah dia menceritakan hal itu kepada rakannya. Pengalaman dari member aku nie sedikit sebanyak menyebabkan aku rasa berhati-hati apabila hendak menaiki perkhidmatan tersebut.

Tapi keadaan sebaliknya telah berubah apabila pihak KTM telah membuat satu perubahan yang mana pihak mereka telah membuat satu pengasingan gerabak khas untuk kaum wanita yang telah dimulai hari ini dari setesen Port Klang. Tetapi aku rase kecewa sikit sebab laluan Rawang ke Seremban pelaksanaanya agak lewat dan akan dimulai pada 15 Mei.Apa-apa pun, aku harap pelaksanaan ini dapat dijalankan secara berterusan dan mendapat maklum balas serta reaksi yang positif daripada pengguna.

Isnin, 26 April 2010

~ Seperti kacang Lupakan Kulit~

Pepatah melayu selalu mengingatkan bahawa ibu bapa mampu membesarkan sepuluh anak,tetapi 10 anak itu belum pasti sanggup memikul tanggungjawab utk menjaga mereka. Pahit utk diakui bhw kes sebegitu bukan lagi asing dlm budaya masyarakat kita sehingga sanggup melupakan pengorbanan ibu bapa membesarkan anak. Merintih kisah pahit seumpama ini ingin aku ceritakan disini nasib seorang ibu yang mana aku telah saksikan cerita ini daripada kisah semanis kurma yang diceritakan oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu Dt Ust. Baiyah.

Kisah yang ingin aku paparkan di dlm blog aku kali ini berkisarkan nasib seorang ibu tunggal yang miskin tetapi beliau mempunyai azam yang tinggi untuk melihat anak-anaknya berjaya. Dan alhamdullilah, alhamdullilah berkat daripada pengorbanan ibu ini membesarkan kelima-lima org anaknya, anaknya telah berjaya menjadi org yg profesional. Ada yg jadi pensyarah, ada yg jadi lawyer, ada yg jadi doktor, ada yg jadi arkitek, dan ada juga yg telah menjadi jurutera. Tetapi sayang 1000 kali sayang apabila 5 anak ini sudah meningkat dewasa mereka ibarat kacang lupakan kulit.

Pada awalnya kelima-lima anak ini bergilir-gilir pulang ke kg menjaga ibunya yg kini sudah tua dan hanya terlantar bujur di katil yang usang. Satu hari, abg yang sulung telah merungut dan berkata
" Abg x boleh balik projek abg banyakla, terbekalaila, awk adik yg bungsu awak la plak kene jaga"

Mendengar bicara si abg, si adik juga turut memprotes dan enggan sama tidak mahu menjaga ibunya dengan memberi bermacam2 alasan. Lantas, pertelingkahan yg berlaku antara adik beradik ini telah pun didengari oleh si ibu sehingga menyebabkan si ibu ini menitis air mata kekecewaan melihat rugutan anak-anak mereka.Lantaran itu, mereka telah bincang, bincang dan terus berbincang dan akhirnya mereka mengambil kata sepakat untuk memindahkan ibu mereka dari rumah warisan yang mana rumah yang selama ini mempunyai banyak kenangan si ibu ini bersama suaminya, kenangan bersama anak-anaknya sewaktu kecil tiba-tiba hendak diajak pindah tinggal di rumah sewa dan siapa yang menjaga si ibu ini? Bukan anak mereka tetapi orang gaji yang telah digajikan yang mana org gaji ini bukan menjaga ibu ini 24 jam tetapi dia akan datang pada pukul 8 pg dan pulang pada pukul 4 ptg.

Sblm pukul 4 dia telah menyiapkan segala keperluan-keperluan si ibu ini. Setelah selesai segalanya dia akan mengunci pintu dan esok pagi barulah dia akan datang semula melakukan rutin berekrjaannya seperti biasa.Sementara anak-anak si ibu tadi tidak langsung menjenguk ibunya lagi. Tinggallah ibu itu sendirian yang hanya mendambakan kasih anak-anaknya.Ketika ibu ini haus ditengah malam, ibu ini terpaksa minum air sejuk, ketika ibu ini lapar ditengah malam, ibu ini terpaksa makan nasik sejuk sedangkan sewaktu kecil dahulu ketika pulang dari sekolah apabila mengakat sahaja tudung saji, pasti si ibu telah menghidangkan makanan panas buat si anak tetapi setelah anaknya meningkat dewasa ini balasan yang diterimanya, ibu ini terpaksa makan nasi dan minum air sejuk.


Apakah kesudahan yang berlaku kepada ibu ini?
Pada suatu pagi org gaji dtg seperti biase menjalankan tugasnya, apabila dia membuka pintu rumah tersebut dan berlalu pergi ke bilik si ibu tua ini, die melihat ibu ini terbaring kaku dan sedang menghembuskan nafas yg terakhir. Justeru, org gaji tersebut telah menelefon kelima-lima org anaknya utk datang ke rumah.Apabila mereka tiba di rumah, mereka hanya sekadar melihat mayat ibu mereka yg terbaring kaku didepan mereka dibaluti kain kapan putih menunggu masa si ibu akan dibawa pergi. Mereka duduk di depan mayat ibu mereka. Kelima-lima anak ini merintih kesedihan, mereka mencium kaki ibu mereka, mereka cium tgn ibu mereka lantas salah seorg drpd anak tersebut berkata
" Ibu ampunkanlah dosa kami bu.kami banyak dosa kepada ibu, kami tinggal di rumah besar dan mewah tapi ibu tinggal di rumah sewa yg kecil bu, kami makan makanan yg lazat2, tp ibu makan nasi sejuk,dan minum air sejuk, kami tidur dgn penuh bahgia di waktu malam, tapi kami terlupa tiap2 mlm ibu tidur dgn linangan air mata rindu kpd anak2 ibu"

Kata org gaji
" x elok kamu meratap ibu kamu begitu, semua org dh dtg nk urus jenazah mak kamu "

Lalu seorg dari mereka merayu
"Tlglah jgn bawa ibu kami pergi.Kami rindu akan ibu kami"

Sambil mereka peluk ibu mereka lantas berkata
"Ibu dengarkanlah kata-kata yg terakhir drpd kelima-lima anak ibu,sebelum mayat ibu disemadikan di liang lahad, halalkanlah setiap setitis air susu ibu yg ibu beri kpd kami bu, halalkanlah setiap titis air susu ibu yg ibu beri dgn penuh kasih sayang, halalkanlah setiap titis air susu ibu yg telah membesarkan kami bu.kami anak yg derhaka.Tanpa pengampunan drpd ibu, Allah xkan ampunkan kami, nerakalah tempat kami"

Sebaik shj ibu mereka meninggal dunia, ada diantara mereka yg muflis, tidak siuman, yg anak mereka terlibat dgn gejala sosial, yg anak mereka menjadi ank derhaka.Inilah janji Allah akibat anak yg derhaka.

Justeru,berbaktilah kpd ayah dan ibu,krn tanpa ayah dan ibu mana munkin kita lahir ke dunia ini, tanpa ayah ibu x bisa kita melihat bulan dan matahari,tanpa pengorbanan ayah dan ibu siapalah kita pada hari ini.

Jumaat, 23 April 2010

~Bajet kecil Tapi Penampilan Hebat !!~




Asslamualamikum



Mengisi masa lapang dgn aktiviti shopping memang satu yang menyeronokkan malah menjadi salah satu hobi yang aku gemari. Walaubagimanapun,sbg student yg hanya mendpt tajaan daripada PTPTipu nie sememangnya dilanda krisis kebajetan apabila pergi bershoping.huhuhu.Tapi aku sendiri selalu berkata dlm hati x semestinya orang yg banyak duit boleh bergaya dgn hebat, org yg mcm aku pun boleh what....

So apa yg perlu aku buat biler g shoping antaranya adalah:
1.Perancangan
- Perancangan sememangnya bende yg sgt important bg aku.Selalunya aku memikirkan bajet, kehendak dan keperluan sama ada ok ke tak.


2. Listkan senarai barangan yang perlu dan patut dibeli
- Disebabkan aku nie suke sgt lupe bende aper yg aku nk beli, so list brg nie harus aku buat.
-Selalunya aku akan buat time aku beli bende yg banyak supaya bende yg important x tertinggal.

3. Aim lokasi shopping yg interesting utk diserbu
- Oleh krn aku nie dekat dgn KL, lokasi yg menjadi favourite aku adalah Masjid India & Jalan Hang Tuah.Best tue.Sebab apa aku suke?? Sbbnye kedua2x location tu banyak menyediakan pelbagai barangan yang pelbagai jenis dan pilihan,up to date, murah dan boleh tawar menawar. lagi2 tang pakaian kat bazaar di Masjid India. Kl x percaya boleh pergi sendiri.

4.Kualiti VS Kuantiti
- Pada aku,kedua-duanya penting dan kadangkala ianya perlu dipilih mengikut kemampuan aku dan kalo bernasib baik akan dapat kedua-duanya baik kualiti dan kuantiti.
- Kadang-kadang aku shoping aku pikir akan pilih kualiti barang,sesekali teringin jugak beli barang mahal xsalah sbb ktr nk guna barang tu dalam jangka masa yg lama, dan ingin kelihatan bergaya walaupun x kisah aku beli dalam kuantiti yg sikit. Janji aku puas.
- Tapi selalunye aku akan pilih kuantiti lepas tue murah plak.ehehe..
- Pokok pangkalnye, apa yg penting bg aku cantik mata memandang, kepenggunaan barang yg aku beli sama ada di boleh diperlbagaikan dengan mcm2 fesyen janji x over.
-Contoh:time beli pakaian utk dinner kolej zaba, bajet sikit tp nk beli mcm.Apa2 pun, sblm tue pikir dulu tema sesuai ke X dgn aku pilih pakaian tue.Tema time dinner tu ialah Magical 3G iaitu Gorgeous, Glorious, Glamorous. Hah!! hambik korg, panjang nau menyebutnye. So aku pilihla sepasang dress dipandankan dgn short jaket dan selendang dan yg selebihnya bende dah ada.So xyah sume nk beli dan aku telah menghabiskannye sekitar $50 ++.

Inilah hasilnya..ehehhe...
Me n my friends:)

5.Dapat capai satu Utiliti ( kepuasan apabila membeli)
- Kepuasan memang menjadi matlamat aku bila mana aku kuar bershoping sbb selalunya aku akan dapat apa yg aku nak.

-ALHAMDULLILAH

Khamis, 22 April 2010

~buat yang teristimewa~

Nasi Sudah Jadi Bubur





Assalamualaikum....



Harini aku nk story sikit pasal kisah sorg kwanku nie utk ktr same2 amik podaman n pengajaran atas kisah yang terjadi.Sekitar jam 8.40, malam jumaat ketika aku asyik di depan laptop mengelodak dan memperhias blog aku yg baru aku cipta niee, handphone ku berbunyi.lalu aku terus mengangkatnya. ohhhh si P ruperyee.aku dengar suaranye begitu sedih dicorong telefon dan dia memberitahu kpdku akan kehilangan walletnye petang tadi.aku beritahu kpdnya nk buat mcm mane bende dah jadi dan aku cadangkan dia agar segere membuat report di balai polis.. Dia minta aku temankan die. Pantas aku capai swatter dan menyarung tudung indonku lalu terus beredar meninggalkan bilik. Aku lihat wajahnye yang sugul dan masih ada lagi sisa baki tangisan di mukanya membuatkan aku.alamak!! kesian ye die.....

Dalam perjalanan kami ke balai polis, si P nie ctrla pasal hal yg sebonar-bonarnye..uper2 ye dompetnye tu tertinggal kat motor.sedar2 dah petangg..mmm alamat laaa.di telepon pakciknye kene marah.telepon abang kene marahh.hhuhuhuu.tu belum lg telepon umminye tu 4 sure la kene gak..kesian2x.stress giler gaban laa. sume nak marahh,nak wat mcm dugaan harini die kene uji.salah sendiri jugak lalai.hehehhe......


Sampai je kami disitu,kami terus membuat laporan di kauter. Kalau diikutkan kes si P ni,kl kes kehilangan dompet i/c xleh tolong. maka terpakselah kene bayar denda x silap aku $120 (sekali hilang) wohh~~~~ banyak tuee.kl kes jenayah kene bayar $ 10 je x silap aku sbbnye bukan atas kecuaian.kire2 ye en polis tue sebenarnye tolenrasi gak la dgn kitrg.boleh plak kauting2x tulis report mengatakan dompet telah dicuri. kl dapat polis yg skema,habislaa melayang ~$~$~$~$~ silap2 haribulan kene bebel plak.

Lepas je g report polis,perut pun tetibe plak berbunyi lagu dangdung mintak diisi..mcm biase, restoran BBB jadi sasaran kami.kl x kerana hr nie special kes, mlm2 gini x menyerbu kami ke si2.huhuuhu.chow kueh teow 2 makan!! Time aku nk bayar makanan aku borakla ngan abang chow kueh tiaw tue mengenai al kisah nasib si P nie sambil tunggu si P bayar air kat atas.lepas tu kami pun balik.time nak balik tue plak abg tue melulu je kat kami dia tny" kamu ader duit dak?, berapa kamu nk gune abg kasi nk g report g pe gi blabla......"sambil meraba2 kocek bajunya.ehhh dlm hati aku, aku just nk ctr2 je kt die n x sangka plak abg tue bleh buat mcm tu. terdetik kat hati aku,ader gak org yg baik mcm die.si P tolak tawaran tu. walaupun si P tolak, aku pham mane de duit.

So balik je kolej aku g cucuk duit bg pinjam la kat die tuk esok nk g report i/c, lesen kat jpa, makan g.dia mcm teragak2 tapi aku mintak die terima n ckp kt die nanti kl dh settle semue boleh bayar.begitula adat kl berkawan.kl susah kiter ban2 die semampu yang ktr boleh......