Khamis, 4 Ogos 2011

kasihnya NUR pada ADAM

dah tengok cerita nur..nur..kasih...hehee
pada sesiapa yang fanatik nk sgt tengok cerita ini tengoklah..Filem Nur kasih the Movie ini merupakan lanjutan dari drama Nur Kasih yang ditonton 4.3 juta orang, dengan durasi 40 tahun cerita kisah cinta Nur Amina dan Adam. Trailer yang sungguh hebat dengan pemandangan di Timur Tengah, serta muzik latar yang sedap sekali. Filem Nur Kasih dikatakan lebih meruntun jiwa dan mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata. Sentuhan pengarah yang cukup berhati hati sapa lagi kalau bukan Khabir Batia.




Isnin, 11 Julai 2011

...Keje Sendiri Ke Keje Ngan Org...

Cuti 4 bulan!!! Wah panjang ye cuti ku kali ini...banyak bende yang aku pikirkan... keje..keje..keje..duk umah bosan x dapat aper2...bik keje.... tapi nak keje ngan orang ke keje sendiri best erk....aku pilih untuk kerja sendiri.

Pada mulanya ianya satu cabaran untuk aku dan family aku kurang yakin dengan keputusan yang aku buat takut aku buat bisness tue separuh jalan. mereka mencadangkan aku untuk berkerja di kedai di sekitar pekan. Tapi aku ni x dengar cakap orang kata A aku jawab B. So aku tetap dengan pendirian aku.Lantak la orang nak kate ape kate la..Pada aku orang akan tetap mengata baik atau buruk yang kita kerjakan tetapi kita kene ingat setiap aper yang dikata tue pada aku jangan kita pedulikan sekiranya ianya tidak membina semangat dan keinginan kita untuk mecapai sesuatu yang kita inginkan tetapi kita perlu peka terhadap ape yang orang katakan kepada kita sekiranya ia merupakan nasihat yang memakinkan semangat kita untuk terus dan terus berjaya.

Mesti korang pikir bisness aper la yg aku dok buat sekarang nie..Bentuk mcm gah je..Hehheheh... Xde pe pun...aku wat gerai kecil menjual char kuew tiau kat kampung aku aje.Pada permulaan bisness aku banyak jugak yang aku modalkan beratus2 ringgit telah aku laburkan.habis jugaklah duit simpanan aku kat bank tu aku korek tuk mulakan bisness..terase mengeluh sekejap tapi xpe..oklah utk 1st week, minggu percubaan x buat banyak cukup utk testing power je..rupe ye ader sambutan...oklah dalam seminggu purata kasar hasil jualan aku melebihi sekitar RM300.00 sahaje..oklah tue tapi biler ditolak untuk ye hanye sekitar separuh drpd itu not bad.

tapi biase la kerja mcm nie memerlukan komitmen yang tinggi dan ader pasang surut ye..ader kale ye sambutan jualan aku memberangsangkan dan ader kalenye aku rugi.pernah suatu hari tue aku hanya menjual 3 bungkus char kuew tiau sahaja. rase sedih yang teramat sangat mane x ye xde untung maa. tapi it's orait adat dalam perniagaan.Cume aku harap peniagaan kecil-kecilan aku ni xde orang nak sabotaj aku nak khianat aku sudah..Paling best sekali yang penah aku try aku try menyebarkan sayap aku cehwah ke suatu karnival pendidikan.. kat situ Ya Allah betape seronok ye aku sambutan ye agak menggalakkan berbanding aku jual di kg. Tapi buat seketika sahaja but it's ok sekadar menimba pengalaman bersama pelanggan, dan rakan niaga. hehehhe...

Secara rumusannya aku dapat simpulkan bahawa keje sendiri mahupun dengan orang mungkin ader perbezaanye yang mane keje sendiri kita tentukan matlamat, pelaksanana dan pengurusannya. tetapi berkeja dengan orang kita akan menjadi pekerja di bawah ye yg mane kita diarah, diminta dan disuruh untuk melaksanakan dan dibayar upah.. pokok pangkalnye niat mesti baik kerana mencari rezeki yang halal buat darah danging kita jugak.Tapi keje sendiri kene rajin,berani mencuba sesuatu yang baru dan sentiasa up to date dengan perkembangan dan persekitaran perniagaan.Kl kita xde bende tu semua ibarat angan-angan yang hanya ade dikotak fikiran kita dan diluahkan dimulut sekadar bicara bukan lakukan dengan tulang 4 kerat kita. jadi angan-angan itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita tidak mendorong kearahnye.


Isnin, 13 Jun 2011

....mogok....

uisshh...x baik tau mogok2 niee...aish..sian aku niee...udang naik, ikan naik..mcm mane nk niaga nie..sian customer aku...jgn mcm niee.kerajaan ape lagii..cube la cari inisiatif nk tangani masalah niee..aku nie baru la nk bertatih nk cari duit buat bekal aku ke sem depan...tengokk...dugaann..saba jelaa....

Isnin, 30 Mei 2011

singkirkan ion negatif tingkatkan ion positif

Asslamualaikum semua pembaca sekalian...

suram ye blog aku nie..ish2x..nak lap2 jap laa.....hik3...
nk lap die kene guna pencuci yg tersendiri iaitu kene guna pencuci ion positif keluar RAR production sdn.bhd..hahahak..

cube ktr renung-renungkan, fikir-fikirkan sejenak betapa banyak ye ion2 negatif kat sekitar kita. ya rabbi banyak ye..nauzubillah..banyak2 (upin ipin)..

dlm diri kita ader, bersekitaran kita pun ader..so mcm mane nk wat..mcm mane nk buang..
adakah memadai kita singgir die dengan DETOX, Fanish, Colgate, terapi haruman dan bla3x......
boleh kee....

ha..boleh tu memang boleh..tapi ianya boleh menyingkirkan secara luaran sahaja tapi dari sudut dalaman @ spritualnya mahupun rohaniahye adakah kita mampu hapuskan ion2 nie...

cara nak hapuskan ion negatif dalam diri kita mengikut teori dari RAR production:
  1. Kenal pasti masalah, penyebab yang berlaku sama ada ada dalam diri kita, perekitaran dan org.Contoh ion negatif yg simple: bersangka buruk pada orang lain.. "alah makcik 2 saje je nak wat kesian, tah2 die tu org kaye"ha...masalahnya sangka buruk yg terhasil dr luahan diri kita.
  2. Senaraikan masalah yang kita alami, punca masalah yang kita alami yg kita tau(ni pelukan komidmen diri korg untuk berubah).
  3. Wat satu perancangan untuk mengembalikan ion positif kita mungkin dgn cara, membaca Al-Quran, membaca buku2 motivasi, dptkan nasihat pd org yg kita yakini dan boleh bantu kita, amalankan cara hidup yg berkualiti
Mungkin agak sukar nk buat..aku pun rase aku x leh wat sangat sebab aku nie kene selalu ader suntikan semangat dari diri aku dan org yang aku yakin bahwa die boleh bantu aku..pada mulanya memang susah tapi kl ianya menjadi satu amalan kita kita akan ok dan akan mendapatkan ion-ion positif itu. insyallah.kita kene buat dan buat dan terus buat..sama-sama lah kita ingat mengingati bukan saje pada orang lain tapi untuk diri yang menulis ini.

Khamis, 16 Disember 2010

My Name Is Khan


" is dunia me is sif dour kasam ki insan hai, achi insan jo acha kam karte hai, bohot bure hai, bas yehi ikfar no me or koyi nahe dongi"

SINOPSIS
Merupakan sebuah filem arahan sutradara Karan Johar yg mengisahkan pengembaraan seorang muslim, Rizman Khan yang dilakonkan oleh pelakon hebat Shah Rukh Khan mengalami penyakit Sindrom Asperger yang berasal dari Bolivali dan berhijrah ke San Fansisco untuk meneruskan kehidupannya di sana bersama adiknya. Rizman telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ibu tunggal yang beragama Hindu iaitu Mandira (Kajol Mukerjee). Walau bagaimanapun perkahwinan ini telah ditentang hebat oleh adik kandungnya kerana pasangan ini berlainan agama.Akan tetapi Rizman tetap dengan pendiriannya untuk mengahwini Mandira.

Masalah mulai timbul apabila tercetusnya trajedi 11 September mengakibatkan kelompok Muslim di situ didiskriminasikan oleh penduduk non-Muslim termasuklah keluarga Rizman.Hinggalah pada suatu hari, anak mereka Sameer meninggal dunia akibat perkelahian antara teman-temannya yang menyatakan bahawa beliau anak terroris.Mandira amat kesal berkahwin dengan seorg Muslim dan telah mengusir Rizman. Mandira hanya akan memaafkan Rizman apabila beliau berjaya bertemu dgn Presiden Amerika dan menyatakan" My name is Khan and i'm not a terrorist".

Semasa perjalanan beliau untuk bertemu dgn Presiden pelbagai peristiwa yang ditempuh oleh beliau.Antaranya,beliau dgn tulus ikhlas membantu keluarga ibu Joel dan penduduknya ketika petempatan mereka mengalami banjir besar walaupun mereka berbeza agama,Rizman membantah ajaran sesat dari Dr Faizal Rahman ketika di masjid, dan pengalaman beliau dimasukkan ke dalam lokap akibat salah faham org ramai pabila Rizman berteriak "My name is Khan and i'm not a terrorist". mereka menyangka beliau seorang terrories. Berjayakah Rizman keluar dari penjara dan menyatakan hasratnya untuk bertemu Presiden Amerika dan memberitahu yg dia bukan Terrorist.Kl nk tahu korg kene tonton cerita nie Ok ;p

::Permata Yang Dicari:::



Aku suka lagu nie. Lagu ni sedikit sebanyak ada kaitan dlm kehidupan aku nie yang sedang mencari seseorang yang aku ingini buat teman hidupku nanti.tapi mungkinkah dia tahu akan hasrat hati aku niee.Ha tu pasal la dalam lagu nie ada kata jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.Doa aje la ni.

Hai..ctr2 pasal teman istimewa nie sebenarnye aku masih lagi berusaha sambil2 tu menilai gak ok ke x.Nak bagi tahu ke tak erk? Mmm x payahh. Malu pulak.Kami masih berkawan dan mengenal satu sama lain.Lagi pun prinsip hidup aku xde istilah couple2 niee. X men laaa (insyaallah ).Pd aku biar la kawan sebab secara peribadi aku merasakan bahawa istilah persahabatan tu lebih bermakna daripada couple.Kalo berkawan nie kiter x yah nak hipokrit, boleh mengenali dirinya secara menyeluruh baik buruk die dan aku, tah yah nak wat laporan setiap hari , x yah nk mengabiskan duit tuk berdating2x n d most important is x dapat dosa. Lagi pun dalam Islam mane ader istilah bercouple sebelum kawin nie.bercouple selepas kawin adalah.emmm.Sebenarnye itu yang aku harapkan.

Berkasih lama-lama tanpa sebarang ikatan banyak mendatangkan bahananya, silap hari bulan tah aper2 yang buruk bakal berlaku. Nauzubilah huminzalik, jgnlah aku jadi golongan sebegitu. Apa yang aku harapkan sekarang ni adalah CINTA HAKIKI MENURUT LANDASAN ISLAM. Nikmatnye.Xpela skang nie tawakal dan berdoa sahaja yang mampu aku buat. Jika dia ditakdirkan buatku Ya Allah dekatkanlah hatinya dgn ku dan jika bukan jodohku maka aku harap aku redha dan hubungan persahabatan kami x kan putus sampai biler2.
.....Amin.....

Asyura


Malam td mak aku mengingatkan akan aku esok hari Asyura. Eh'eh hari Asyura esok dpt aku makan bubur Asyura. Yam2. Makan je ingatnye puase sunat x nk ingat. ish2x yeke ade puase sunat aku baru tahu ade puase sunat rupe2nye, patut mak aku bebel.Keh3x. Yela setahu aku hari asyura nie aku g melantak bubur asyura je yang mak aku bawak dr surau. Sonok weh g tolong org kg wat bubur Asyura. Tapi tahun nie aku x g pun, Malas sbb pose nanti terliur, lapo . Motif x boleh pakai. Malam tadi bukan men mangat no nk ikut mak aku. Last2 aku duk umah layan baby Amsyar.

Aku penah la sekali merasai keseronokkan membuat bubur asyura bersama-sama org kg aku. Uih sonok jugak. Bukan senang nk dapat pengalaman sebegini.org pompuan keje ye potong2 segala jenis bahan, masing2 membawa bahan yang berbeza-beza untuk dimasukkan ke dalam bubur nanti. Ada yang bawak nangka, kangkung, pucuk ubi, kentang, jagung, daging tah mcm2 lagi la dibawaknye. Sementara kaum lelaki keje mereka masakMmm..Aku mengistilahkan bubur nie bubur cacamerba (campur aduk la katekan). mcm2 ditaroknye. segala jenis sayur, kekacang, ubi dimasukkan ke dalam bubur nie.

Bercerita tentang bubur Asyura ni ader sejarah die tau yang mana peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan dr banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu adalah bubur. Lalu terciptalah satu makanan yang dipanggil bubur Asyura. Tapi di Malaysia bubur Asyura telah dimodify mengikut negeri masing2.