Selasa, 29 Jun 2010

~Sawi CinaTumis Bersama Lobak & Udang~

Bahan:
sawi cina
carrot

beberapa ekor udang
1/2 biji bawang merah
1biji bawang putih
1 btg cili merah
udang kering

2 sudu mkn sos ikan
minyak

sedikit air
serbuk perasa

cara memasak:
step 1:
tumbuk bawang merah,bwg putih,udang kering beserta cili
step 2:
masukkan minyak ke dlm kuali dan masukkan bhn tumisan sehingga naik bau dan kekuningan

step 3:
masukkan udang

step 4:
masukkan sos ikan, sedikit air, dan serbuk perasa

step 5:
masukkan carrot dan sawi cina. gaul dan tutup seketika.

step 6:
pastikan bila masak sayur dont over cook agak2 sayur dah layu ,bolehla diangkat dan disajikan :)

:::Berkelah di Teluk Batik:::

Terase lame aku x tulis blog nie, tah malas plak nak jengok dan 2 tiga hari nie terasa malas ye nak menulis. Mmm last saturday yg lalu aku,ain, ecah dan matun g picnik kt Teluk Batik. Pd mulanya si nily nk join sekaki, tp terpaksa cancel last minute sbb nk jage Amar. Kesian die x dpt nk join, walau aper pun planning kitorg tetap diteruskan.Yahoo!!!

Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik. Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandangn termasuklah kitg nie ha. Al-maklumlah tinggal lagi 2 minggu je nk menghabiskan sisa baki cuti sem kami nie, teringin jugak nk g berkelah dgn member2. Kang dah nik sem baru masing2 dah sibuk.

Sedikit bingkisan hasil dari perkelahan kitrg di Teluk Batik tempoh hari






Isnin, 14 Jun 2010

:: Jom!! Buat Kebajikan Time Bulan Rejab::



Alhamdullilah, tahun nie bisa juga ku temui bulan ini lagi. Apa yang syok sangat bulan nie?? Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri.Nabi Muhammad saw, bersabda bahawa Rejab ialah bulan Allah, Sya’aban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Gandingan 3 bulan ( Rejab, Sya’aban dan Ramadhan ) merupakan satu tempuh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadar.


Ha x syok lagi ke?
Nak syok dan nk tau lagi dak aper yg best lagi tentang bulan rejab nie,Banyak hadith yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw berhubung fadhilat berpuasa dalam bulan Rejab.Di antaranya:
Puasa sehari dalam bulan Rejab diberi ganjaran syurga firdaus (tertinggi).
Puasa 3 hari menjadi benteng menghalang api neraka.
Puasa 4 hari diafiatkan dari bala’ dan penyakit.
Puasa 5 hari diamankan dari azab kubur.
Puasa 6 hari – keluar dari kubur dengan muka yang bercahaya.
Puasa 7 hari ditutup 7 pintu neraka.
Puasa 8 hari dibuka 8 pintu syurga.


Begitulah seterusnya lebih banyak ganjaran diberi jika ditambah bilangan hari puasa dalam bulan Rejab.Selain berpuasa, umat Islam digalakan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain.Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilan bahawa barangsiapa bersedah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapuskan 1000 kejahatan. Dalam satu riwayat lain, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa sedekah pada bulan Rejab seperti ibadat 1000 haji dan umrah, dibina 1000 mahligai di syurga dengan 1000 bilik dan 1000 bidadari


Mak ai...
Subhanallah..banyak tue fadilah. x mau lagi ke wat baik. Tapi ingat kl x mampu buat semua buat la mane yg termampu, kl mampu buat semua lagi bagus.


Semoga dibulan yang barokah ini,harap2 Rohani Binti Ahmad Rusli nie mampu meningkatkan amalannya disamping menjadi org yang lebih cemerlang dan berfikiran positif lagi.
Amin Ya Rabbal Alamiin...

Ahad, 13 Jun 2010

Selamat Pengatin Baru

Hujung minggu sebegini sememangnya x lekang dengan jemputan kenduri kawin. Aku pun x terkecuali dijemput bertandang ke majlis walimatus urus saudara mara dan begitu juga sahabat handai.

Pada awal bulan 5 kenduri anak Tok Su di Parit 10, majlis perkahwinan yang berlangsung cukup meriah dan disaksikan dengan saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang turut memeriahkan majlis tersebut dan turut berkongsi bersama melihat kedua mempelai disatukan.

Hampir hujung bulan 5 pula, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri kenduri menyambut menantu baru di rumah Maklang ku di Ampang.Walaupun majlis disambut dengan sedarhana asalkan kedua-dua pasangan diikat dengan ikatan yang sah,alhamdullilah.


Tanggal 5.6 dan 6.6 pula, merupakan tarikh keramat bagi kedua kawan aku, sara dan robek yang mana mereka berdua baru sahaja mendirikan umah tangga dan telah pun mendahului kami rakan sebaya mereka yang masih lagi berjuang di menara gading meneruskan pengajian kami yang masih berbaki ni.



Walau apa pun, aku ucapkan Selamat Pengatin baru semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan ku doakan:



بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بينكما فِيْ خَيْرٍ



“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

Selasa, 8 Jun 2010

Hentikan kekejamanmu wahai Israel durjana


Sana sini orang bercerita tentang kekejaman pihak Israel di surat khabar, media dan secara tak langsung, iaitu kita sebagai blogger turut serta bercerita tentang isu Israel dan kekejamanya.Semenjak kisah komander Israel menyerbu kapal Mavi Marmara, kapal yg membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, semua org mulai sedar akan kekejaman yg dilakukan oleh Rejim Zionis, bukan selama ini tidak sedar tetapi lebih extra sedar, tersentak dan marah akan kekejaman, kebiadapan, rasa tidak malu akan tingkah laku yg dilakukannya.
Ini adalah foto-foto kebiadapan Israel terhadap bangsa2 Palestin. Gambar-gambar ini menjelaskan kekejaman Israel yang disebut Allah dalam surah Al Fatihah sbg Al Maghdlub (Orang yang dimurkai oleh Allah):

Israel Soldier pointing gun at a terrified child

agak2 sikit nk tunjuk kerek pun, ngan budak kecik tue. Inilah manusia spesis yg x paham maksud keperimanusiaan. Iblis dunia yg paling keji!!!

Israel killing Palestine children

puas hati mereka melihat seorang bapa tua memangku mayatnya anaknya.Bayangkan jika tue ahli keluarga aku. Ya Allah jauhkanlah... waaa!!! x mau...


Israel kill American and English women

bangsa len pun ko nak belasah wahai samseng dunia!!

Israel robbing Palestine land

x tahu malu betul, amik tanah org len.

Justeru itu, ayuh wahai sahabat2 mari kita bersama2 memboikot barangan Yahudi LAKNATULLAH


Oleh hal yang demikian, mari kita sama2 memohon agar Allah membantu saudara Islam kita dan mari sama2 kita membantu mereka semampu dan sedaya upaya kita untuk mereka dan agama kita yg kian ditindas dan dicabuli oleh pihak YAHUDI yg semakin lemak dan telah bermaharajalela.


“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah……. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di bumi Palestin, hancurkanlah rejim zionis.. amin . …”
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi – dengan Izin Allah)

surah Al-Fil

3






Selasa, 18 Mei 2010

Penat jugak duduk umah ye.....


Cuti sem kali nie memang aku jd suri rumah betul, x g keje memane pun, tp adalah gak teringin nak cr keje tengah cuti2 nie. Mane dak ye 2 bulan tue cuti xkan asyik nak keje RTM (Rehat, Tido dan Makan) je kut, alamat berpam2lah badan aku ni hah.


Bercerita tentang cuti nie, banyak dah aku dengar, kawan2 aku menanya ko wat pe cuti sem nie,sibuk nak cari keje la dan mcm2 lagi, bukan aku x mau cari keje, tapi disebabkan kat umah aku xde transport nk g keje, motor adik aku pakai bawak g belajor tinggalla motor cabuk yg xde rotek. Giler ke haper aku nk bawak ke Sg besar cari keje, ish udah2lah adik aku ari 2 gune nk g kejap je ke pekan Sg besar dah kene tahan ngan pak polisi.Kesian. So aku x maula bende tu kene kat aku plak.Naya aku cari penyakit.

1st week hehehe, bersantai2 dulu kat umah.Minggu seberikutnye alamak dah start dah mak aku memberi ceramah,bdn dah naik le, tido lebih le, cari keje paedah le.Alalahai. Mak aku nie seorg ibu yg jenis x suke tengok ank die landing2 lame2 sgt, die meluat, so dia bg la suggestion kl kt x dpt cari ke,je ko pg le menjual apa2 yg patut,bercucuk tanam ke, menjahit ke. Mmm aku bab2 jahit serender dulu, sbb aku nie tangan kayu, cucuk benang pun terkial2x, manakan nk menjahit jelujur baju org yg tempah kat mak aku, berjanggut la mak aku menunggu.X suke2x, bukan minat aku, Kesian mak aku anak die sorg nie x dpt nak mewarisi kebolehan die menjahit baju. Tapi aku nie suke masak, dan suka melakon2, dan mereka2 masakan. Kl tengok ctr Asian Food Channel tue ade saje nk dicube ye walaupun x cukup bahan. Kadang2 menjadi kadang2 tah haper2.



Oleh kerana minat aku ke arah masakan, mak aku cadang suruh aku menjual waktu petang. Nak niaga?? Nak niaga mcm mane? Eee malu la plak? Tapi oleh kerana nak mengelakkan aku terus menerus diceramah, dan membuang masa x tentu pasal, sedikit sebanyak idea tue memang boleh diterima pakai. At least dapat menjana pendapatan aku, lepas jugak duit poket nanti nk bukak sem, xyah mak ayah aku nk bg duit belanja.

Aku bincang punya bincang ngan mak aku, so kata sepakat adalah mak aku tlg jualkan, aku masak. Walaupun memang kurang patut la mak aku tlg jualkan tapi bila dipikir2kan mak aku nie famous kt kampung,mempunyai regular custumer dan satu lagi kesian kat anak die nie sorg ,so mak aku yg comei nie la tlg jualkan.

Minggu pertama( minggu percobaan) nk masak aper yerk utk dijual. Mak aku kata jual la laksa org kat sini suke makan. Dalam pukul 12 tengah hari setelah membereskan kerja2 umah aku pun bersungguh2la membuat laksa, hampir 13 bungkus aku pakedkan. Uih, ya allah penat jugak membuat ye, sakit jugak tulang belulang aku nie. Nak jual x boleh lewat sgt takut nanti org keluar beli makanan, dak pun org akan membuat makanan petang. Dalam hati habisla nant pelanggan aku. Lepas je solat asar, semua makanan yg hendak dijual sudah aku masukkan ke raga motosikal mak aku. Mak aku pun bersiap dan berlalu pergi. Minggu pertama semua jualan aku habis dijual,alhamdullilah.

Next week, lagi2 hari ini cubaan betul bagi aku, semalam dan hari nie laksa aku x habis dijual, dugaan2. Semalam aku jual mcm biasa, mak aku ada bacaan kat surau so mak aku malas nak menjaja, disuruhnya aku hantar di surau, laku hanya 10 yg selebihnya disedekahkan kat geng2 surau mak aku, xpe la. Sedekah2 biar berkat. hari nie plak bertambah ketaklakuan jualan laksa aku oleh kerana cuaca yg x mengizinkan. Hujan lebat, ingatkan x blh nk keluar menjual,sedih2 tunggu hujan reda mak aku mintak aku jual plak, alamak, xsemangat ye aku sebab aku nie pemalu, tapi digagahkan jugakla, sbb ye saper nk makan laksa yg aku dah bungkus bebanyak nie. kakak aku plak x kasi mak aku jual sbb hujan masih renyai diluar, lagipun hari dah makin petang so aku pun nk x nak tawakkal jela menjual kat sekitar kampung aku. Walaupun x laku 4 bungkus tapi aku happy, 2 bungkus aku sedekahkan kat last customer dan 2 bungkus lagi aku bawak balik ke rumah sbb mak n bapak aku x rase lg penangan masakan anak die nie. Minggu sudah laksa yg aku buat mak kata x beraper sedap sbb cair dan tawar, tapi minggu nie ayah aku kata boleh tahan. Sampai bertambah dua pinggan tula yg dikatakan boleh tahan bapak aku, paham sgt dah walaupun bapak aku nie x suka puji anak, kl kata sedap dia x kabo gitu dia kata bolehla je. Boleh pun boleh la yg penting custumer aku x de complain dan enjoy menjamu selera.

Malam pulak bermula pada minggu sudah, kakak aku ajak aku g senam erobik dan ke gim kat Sg besar. Al maklumlah duk umah mane la boleh tahan nafsu makan, kakak aku pun boleh tahan dah berisi so tekad 2 adik beradik nk kuruskan badan. Tah le penat dan bermandi peluh yg kurang hanya sekilo je. Mmm penat2x. Lemak dah tepu kat badan la kut tu pasal la susah nk turun. Tapi xpe, baru 2 minggu, cuba jela mane tahu kesibukkan aku kat umah nie, boleh membantu aku menguruskan badan aku nie. Insyallah.


Beginilah rutin hidup aku utk cuti sem nie, padat dengan aktiviti yg boleh dikatakan direncanakan oleh kakak n mak aku, so berfaedah jugak selain tue aku sgt2 happy. Teme kasih alang dan mak.I love my family. Muah3x...

Sabtu, 15 Mei 2010

SeLaMat HaRi Guru




Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan khususnya aku yg bakal menjadi seorg pendidik. Wau mcm x percaya plak yg aku bakal menjadi seorg pendidik. Layak ke aku jd guru? Ape yg seronok ye jd guru? x takut ke kene berkhidmat jauh2? Mmm...Itu semua bukan persoalannye sekarang sbb aku dah pilih karier ni sebagai pilihan aku yg pertama.

Tah la mcm mane ctr ye aku boleh tercebur dalam bidang ni aku pun kurang pasti,aku rasa salah satu ye berkat doa mak aku yg nk sgt anak2 ye jd teacher ke ustazah ke yg penting title GURU tu akan menjadi hak milik anak ye.hehehe. termakbul jugak ye mak harapan dan impian mak nakkan anak mak jadi guru. dah dua org anak dah mak, ni sorg lagi bakal menyusul.

Ada org kata jd cikgu nie senang, mudah, keje separuh hari, gaji boleh tahan, boleh luangkan masa pada keluarga, (khususnya perempuan),dapat menikmati cuti sekolah yang panjang dan macam2 lagi la aku dengar dr mulut org. Tapi semua tue betul kee? Pada aku x semua ye tue betul, aku rasa susah gak jadi cikgu, banyak tanggungjawab yg nk dipikul dan banyak kerje yg nak dilaksanakan bukan sahaja sekadar mendidik dan mengajar hanya di dalam kelas sekadar menulis di papan putih dan menceloteh itu dan ini tapi guru ni dialah kerani, dialah pemandu pabila anak murid ye sakit nk g hospital, dialah pemotivasi time anak murid membuntukan bantuannya, dialah pekebun time gotong royong pendek kata mcm2 keje dibuat.

So teme kasih la cikgu yang mengajar aku, baru aku tahu betapa susah ye jadi cikgu apa tak ye nk mohon jadi cikgu sekarang ni pun dah susah berduyun2 org mintak,belajar jd cikgu yg baik pun agak susah sbb teori yg diajar x same ngan praktikal dan realiti sebenar ktr jd cikgu.pastu nk posting x tahu lagi dgn keaadaannya skarang nie, biler dapat keje tanggungjawab mendidik kene bersungguh-sungguh yela nk dpt reseki yg halal dan tanggunjawab aku tu nk bentuk ank bangsa biar jd org yg berguna. aku nie plak bukan ye baik sgt tp nk jugak jd org baik kalo nk jadi cikgu yg bagus lagila mcm2 cobaan kan. yela nk jadi yg terbaik kter kene buat sehabis baik. itulah yang aku harapkan, dambakan dan takkan lekang dari mulutku ketika ku berdoa pasti aku memohon agar Allah mekmakbulkan permohonanku suatu hari aku akan menjadi seorg pendidik yg berjasa baik dari segi agama, bangsa dan negara. Amin Ya Rabba Allami.

Justeru, dikesempatan ini aku nk ucapkan berjuta, bermilion, berlemon-lemon terima kasih kepada cikgu-cikgu tadika kemas Parit 6, semua cikgu SK dan SA Parit 6, cikgu SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bt 38, SMK Sri Bedena dan x lupa pada penyarah Program Pendidikan Khas UKM yg sudi mengajar aku dan menerima aku sebagai pelajarmu. Hah x lupe juga kepada kawan2 seperjuangan aku yang telah pun terjerumus ke dalam bidang nie aku ucapkan Selamat Hari Guru, Jd la guru yg terbaik dan didikla anak didik kita dengan hati yang ikhlas, seronok dengan penuh kepuasan.