Selasa, 18 Mei 2010

Penat jugak duduk umah ye.....


Cuti sem kali nie memang aku jd suri rumah betul, x g keje memane pun, tp adalah gak teringin nak cr keje tengah cuti2 nie. Mane dak ye 2 bulan tue cuti xkan asyik nak keje RTM (Rehat, Tido dan Makan) je kut, alamat berpam2lah badan aku ni hah.


Bercerita tentang cuti nie, banyak dah aku dengar, kawan2 aku menanya ko wat pe cuti sem nie,sibuk nak cari keje la dan mcm2 lagi, bukan aku x mau cari keje, tapi disebabkan kat umah aku xde transport nk g keje, motor adik aku pakai bawak g belajor tinggalla motor cabuk yg xde rotek. Giler ke haper aku nk bawak ke Sg besar cari keje, ish udah2lah adik aku ari 2 gune nk g kejap je ke pekan Sg besar dah kene tahan ngan pak polisi.Kesian. So aku x maula bende tu kene kat aku plak.Naya aku cari penyakit.

1st week hehehe, bersantai2 dulu kat umah.Minggu seberikutnye alamak dah start dah mak aku memberi ceramah,bdn dah naik le, tido lebih le, cari keje paedah le.Alalahai. Mak aku nie seorg ibu yg jenis x suke tengok ank die landing2 lame2 sgt, die meluat, so dia bg la suggestion kl kt x dpt cari ke,je ko pg le menjual apa2 yg patut,bercucuk tanam ke, menjahit ke. Mmm aku bab2 jahit serender dulu, sbb aku nie tangan kayu, cucuk benang pun terkial2x, manakan nk menjahit jelujur baju org yg tempah kat mak aku, berjanggut la mak aku menunggu.X suke2x, bukan minat aku, Kesian mak aku anak die sorg nie x dpt nak mewarisi kebolehan die menjahit baju. Tapi aku nie suke masak, dan suka melakon2, dan mereka2 masakan. Kl tengok ctr Asian Food Channel tue ade saje nk dicube ye walaupun x cukup bahan. Kadang2 menjadi kadang2 tah haper2.



Oleh kerana minat aku ke arah masakan, mak aku cadang suruh aku menjual waktu petang. Nak niaga?? Nak niaga mcm mane? Eee malu la plak? Tapi oleh kerana nak mengelakkan aku terus menerus diceramah, dan membuang masa x tentu pasal, sedikit sebanyak idea tue memang boleh diterima pakai. At least dapat menjana pendapatan aku, lepas jugak duit poket nanti nk bukak sem, xyah mak ayah aku nk bg duit belanja.

Aku bincang punya bincang ngan mak aku, so kata sepakat adalah mak aku tlg jualkan, aku masak. Walaupun memang kurang patut la mak aku tlg jualkan tapi bila dipikir2kan mak aku nie famous kt kampung,mempunyai regular custumer dan satu lagi kesian kat anak die nie sorg ,so mak aku yg comei nie la tlg jualkan.

Minggu pertama( minggu percobaan) nk masak aper yerk utk dijual. Mak aku kata jual la laksa org kat sini suke makan. Dalam pukul 12 tengah hari setelah membereskan kerja2 umah aku pun bersungguh2la membuat laksa, hampir 13 bungkus aku pakedkan. Uih, ya allah penat jugak membuat ye, sakit jugak tulang belulang aku nie. Nak jual x boleh lewat sgt takut nanti org keluar beli makanan, dak pun org akan membuat makanan petang. Dalam hati habisla nant pelanggan aku. Lepas je solat asar, semua makanan yg hendak dijual sudah aku masukkan ke raga motosikal mak aku. Mak aku pun bersiap dan berlalu pergi. Minggu pertama semua jualan aku habis dijual,alhamdullilah.

Next week, lagi2 hari ini cubaan betul bagi aku, semalam dan hari nie laksa aku x habis dijual, dugaan2. Semalam aku jual mcm biasa, mak aku ada bacaan kat surau so mak aku malas nak menjaja, disuruhnya aku hantar di surau, laku hanya 10 yg selebihnya disedekahkan kat geng2 surau mak aku, xpe la. Sedekah2 biar berkat. hari nie plak bertambah ketaklakuan jualan laksa aku oleh kerana cuaca yg x mengizinkan. Hujan lebat, ingatkan x blh nk keluar menjual,sedih2 tunggu hujan reda mak aku mintak aku jual plak, alamak, xsemangat ye aku sebab aku nie pemalu, tapi digagahkan jugakla, sbb ye saper nk makan laksa yg aku dah bungkus bebanyak nie. kakak aku plak x kasi mak aku jual sbb hujan masih renyai diluar, lagipun hari dah makin petang so aku pun nk x nak tawakkal jela menjual kat sekitar kampung aku. Walaupun x laku 4 bungkus tapi aku happy, 2 bungkus aku sedekahkan kat last customer dan 2 bungkus lagi aku bawak balik ke rumah sbb mak n bapak aku x rase lg penangan masakan anak die nie. Minggu sudah laksa yg aku buat mak kata x beraper sedap sbb cair dan tawar, tapi minggu nie ayah aku kata boleh tahan. Sampai bertambah dua pinggan tula yg dikatakan boleh tahan bapak aku, paham sgt dah walaupun bapak aku nie x suka puji anak, kl kata sedap dia x kabo gitu dia kata bolehla je. Boleh pun boleh la yg penting custumer aku x de complain dan enjoy menjamu selera.

Malam pulak bermula pada minggu sudah, kakak aku ajak aku g senam erobik dan ke gim kat Sg besar. Al maklumlah duk umah mane la boleh tahan nafsu makan, kakak aku pun boleh tahan dah berisi so tekad 2 adik beradik nk kuruskan badan. Tah le penat dan bermandi peluh yg kurang hanya sekilo je. Mmm penat2x. Lemak dah tepu kat badan la kut tu pasal la susah nk turun. Tapi xpe, baru 2 minggu, cuba jela mane tahu kesibukkan aku kat umah nie, boleh membantu aku menguruskan badan aku nie. Insyallah.


Beginilah rutin hidup aku utk cuti sem nie, padat dengan aktiviti yg boleh dikatakan direncanakan oleh kakak n mak aku, so berfaedah jugak selain tue aku sgt2 happy. Teme kasih alang dan mak.I love my family. Muah3x...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan