Rabu, 5 Mei 2010

hebat ke berkahwin dengan org seberang??

Sekadar gambar hiasan jerk

Belum reda isu gadis tempatan terkena panahan cinta jejaka Lombok, timbul pula kisah kecenderungan lelaki Malaysia berkahwin gadis seberang, atau lebih tepat dari Sumatera, sejak akhir-akhir ini.Wow! dahsyat2x.

Fakta menarik berdasarkan rekod Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang menunjukkan dalam tempoh lima bulan lalu, 30 lelaki Malaysia berkahwin dgn wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan dan sebanyak 80% wanita yg dijadikan isteri adalah calon isteri yang kedua. Biler kita dengar berita mengenai isu ini,rata-rata dalam kalangan mereka yang dijadikan calon isteri terutamanya ada yang mempunyai status janda yang sudah beranakla, mempunyai pendapatan rendah, dan kurang berpendidikan.

Jadi banyak persoalan-persoalan, pertanyaan-pertanyaan yang timbul adakah wanita di Malaysia nie x laku, demand, x romantik, agresif, meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi, obsesi mengejar kerjaya atau mungkin disebabkan wanita di seberang yang mudah dipikat, lebih mesra atau mempunyai paras rupa yang menawan. Mmm.yeke??

Pada pandangan aku, itu semua merupakan faktor yang mendorong masyarakat kita sekarang ini berkahwin dengan wanita seberang. Hebatkah mereka itu,??Aku rasa semua org ada perseptif, alasan dan pandangan yang berbeza-beza dan tersendiri. Cuba kita sebagai wanita perlu memperhebatkan diri dari segala aspek.Kalo kata mereka hebat kenapa kita tidak boleh sehebat mereka.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga memanglah kalo sudah dikatakan jodoh dengan wanita seberang apa yang yang dikata atau inilah la yang dikatakan cinta itu buta dan semuanya itu bergantung kepada nawaitu masing-masing.Tapi kita harus sedar apakah implikasi atau untung dan ruginya tren sebegini berlaku. Melalui info yang aku dapat berdasarkan salah sebuah akhbar tempatan menyatakan bahawa mengikut Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun. Selepas lima tahun, isteri itu layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak pasangan berkenaan automatik menjadi warga negara Malaysia.

Kesimpulannya, walaupun hasrat Malaysia mahu mencapai 70 juta penduduk tapi x payahla nak kempunan sgt sampai kawin dgn org seberang. Cukup-cukuplah warga asing yang datang ke negara kita ni sudah berlambak-lambak dan sekarang nie dilihat di bandar terutamanya mereka sudah mulai mendominasi perniagaan kecil, membawa gejala sosial yang teruk di pula ditambah dengan tren perkahwinan dengan wanita seberang. So, fikir-fikirkan...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan