Ahad, 13 Jun 2010

Selamat Pengatin Baru

Hujung minggu sebegini sememangnya x lekang dengan jemputan kenduri kawin. Aku pun x terkecuali dijemput bertandang ke majlis walimatus urus saudara mara dan begitu juga sahabat handai.

Pada awal bulan 5 kenduri anak Tok Su di Parit 10, majlis perkahwinan yang berlangsung cukup meriah dan disaksikan dengan saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang turut memeriahkan majlis tersebut dan turut berkongsi bersama melihat kedua mempelai disatukan.

Hampir hujung bulan 5 pula, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri kenduri menyambut menantu baru di rumah Maklang ku di Ampang.Walaupun majlis disambut dengan sedarhana asalkan kedua-dua pasangan diikat dengan ikatan yang sah,alhamdullilah.


Tanggal 5.6 dan 6.6 pula, merupakan tarikh keramat bagi kedua kawan aku, sara dan robek yang mana mereka berdua baru sahaja mendirikan umah tangga dan telah pun mendahului kami rakan sebaya mereka yang masih lagi berjuang di menara gading meneruskan pengajian kami yang masih berbaki ni.



Walau apa pun, aku ucapkan Selamat Pengatin baru semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan ku doakan:



بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بينكما فِيْ خَيْرٍ



“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan