Isnin, 14 Jun 2010

:: Jom!! Buat Kebajikan Time Bulan Rejab::



Alhamdullilah, tahun nie bisa juga ku temui bulan ini lagi. Apa yang syok sangat bulan nie?? Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri.Nabi Muhammad saw, bersabda bahawa Rejab ialah bulan Allah, Sya’aban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Gandingan 3 bulan ( Rejab, Sya’aban dan Ramadhan ) merupakan satu tempuh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya’aban dengan malam Nisfu Sya’aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadar.


Ha x syok lagi ke?
Nak syok dan nk tau lagi dak aper yg best lagi tentang bulan rejab nie,Banyak hadith yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw berhubung fadhilat berpuasa dalam bulan Rejab.Di antaranya:
Puasa sehari dalam bulan Rejab diberi ganjaran syurga firdaus (tertinggi).
Puasa 3 hari menjadi benteng menghalang api neraka.
Puasa 4 hari diafiatkan dari bala’ dan penyakit.
Puasa 5 hari diamankan dari azab kubur.
Puasa 6 hari – keluar dari kubur dengan muka yang bercahaya.
Puasa 7 hari ditutup 7 pintu neraka.
Puasa 8 hari dibuka 8 pintu syurga.


Begitulah seterusnya lebih banyak ganjaran diberi jika ditambah bilangan hari puasa dalam bulan Rejab.Selain berpuasa, umat Islam digalakan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain.Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilan bahawa barangsiapa bersedah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapuskan 1000 kejahatan. Dalam satu riwayat lain, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa sedekah pada bulan Rejab seperti ibadat 1000 haji dan umrah, dibina 1000 mahligai di syurga dengan 1000 bilik dan 1000 bidadari


Mak ai...
Subhanallah..banyak tue fadilah. x mau lagi ke wat baik. Tapi ingat kl x mampu buat semua buat la mane yg termampu, kl mampu buat semua lagi bagus.


Semoga dibulan yang barokah ini,harap2 Rohani Binti Ahmad Rusli nie mampu meningkatkan amalannya disamping menjadi org yang lebih cemerlang dan berfikiran positif lagi.
Amin Ya Rabbal Alamiin...

2 ulasan:

  1. ist of all.. assalamualaikum..
    2nd, cantik dok hang punya blog
    3rd, wlpn susah nak jumpa p at least aku tau apa yg ekau ngah buek..
    4th, wish u luck...

    BalasPadam