Isnin, 26 April 2010

~ Seperti kacang Lupakan Kulit~

Pepatah melayu selalu mengingatkan bahawa ibu bapa mampu membesarkan sepuluh anak,tetapi 10 anak itu belum pasti sanggup memikul tanggungjawab utk menjaga mereka. Pahit utk diakui bhw kes sebegitu bukan lagi asing dlm budaya masyarakat kita sehingga sanggup melupakan pengorbanan ibu bapa membesarkan anak. Merintih kisah pahit seumpama ini ingin aku ceritakan disini nasib seorang ibu yang mana aku telah saksikan cerita ini daripada kisah semanis kurma yang diceritakan oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu Dt Ust. Baiyah.

Kisah yang ingin aku paparkan di dlm blog aku kali ini berkisarkan nasib seorang ibu tunggal yang miskin tetapi beliau mempunyai azam yang tinggi untuk melihat anak-anaknya berjaya. Dan alhamdullilah, alhamdullilah berkat daripada pengorbanan ibu ini membesarkan kelima-lima org anaknya, anaknya telah berjaya menjadi org yg profesional. Ada yg jadi pensyarah, ada yg jadi lawyer, ada yg jadi doktor, ada yg jadi arkitek, dan ada juga yg telah menjadi jurutera. Tetapi sayang 1000 kali sayang apabila 5 anak ini sudah meningkat dewasa mereka ibarat kacang lupakan kulit.

Pada awalnya kelima-lima anak ini bergilir-gilir pulang ke kg menjaga ibunya yg kini sudah tua dan hanya terlantar bujur di katil yang usang. Satu hari, abg yang sulung telah merungut dan berkata
" Abg x boleh balik projek abg banyakla, terbekalaila, awk adik yg bungsu awak la plak kene jaga"

Mendengar bicara si abg, si adik juga turut memprotes dan enggan sama tidak mahu menjaga ibunya dengan memberi bermacam2 alasan. Lantas, pertelingkahan yg berlaku antara adik beradik ini telah pun didengari oleh si ibu sehingga menyebabkan si ibu ini menitis air mata kekecewaan melihat rugutan anak-anak mereka.Lantaran itu, mereka telah bincang, bincang dan terus berbincang dan akhirnya mereka mengambil kata sepakat untuk memindahkan ibu mereka dari rumah warisan yang mana rumah yang selama ini mempunyai banyak kenangan si ibu ini bersama suaminya, kenangan bersama anak-anaknya sewaktu kecil tiba-tiba hendak diajak pindah tinggal di rumah sewa dan siapa yang menjaga si ibu ini? Bukan anak mereka tetapi orang gaji yang telah digajikan yang mana org gaji ini bukan menjaga ibu ini 24 jam tetapi dia akan datang pada pukul 8 pg dan pulang pada pukul 4 ptg.

Sblm pukul 4 dia telah menyiapkan segala keperluan-keperluan si ibu ini. Setelah selesai segalanya dia akan mengunci pintu dan esok pagi barulah dia akan datang semula melakukan rutin berekrjaannya seperti biasa.Sementara anak-anak si ibu tadi tidak langsung menjenguk ibunya lagi. Tinggallah ibu itu sendirian yang hanya mendambakan kasih anak-anaknya.Ketika ibu ini haus ditengah malam, ibu ini terpaksa minum air sejuk, ketika ibu ini lapar ditengah malam, ibu ini terpaksa makan nasik sejuk sedangkan sewaktu kecil dahulu ketika pulang dari sekolah apabila mengakat sahaja tudung saji, pasti si ibu telah menghidangkan makanan panas buat si anak tetapi setelah anaknya meningkat dewasa ini balasan yang diterimanya, ibu ini terpaksa makan nasi dan minum air sejuk.


Apakah kesudahan yang berlaku kepada ibu ini?
Pada suatu pagi org gaji dtg seperti biase menjalankan tugasnya, apabila dia membuka pintu rumah tersebut dan berlalu pergi ke bilik si ibu tua ini, die melihat ibu ini terbaring kaku dan sedang menghembuskan nafas yg terakhir. Justeru, org gaji tersebut telah menelefon kelima-lima org anaknya utk datang ke rumah.Apabila mereka tiba di rumah, mereka hanya sekadar melihat mayat ibu mereka yg terbaring kaku didepan mereka dibaluti kain kapan putih menunggu masa si ibu akan dibawa pergi. Mereka duduk di depan mayat ibu mereka. Kelima-lima anak ini merintih kesedihan, mereka mencium kaki ibu mereka, mereka cium tgn ibu mereka lantas salah seorg drpd anak tersebut berkata
" Ibu ampunkanlah dosa kami bu.kami banyak dosa kepada ibu, kami tinggal di rumah besar dan mewah tapi ibu tinggal di rumah sewa yg kecil bu, kami makan makanan yg lazat2, tp ibu makan nasi sejuk,dan minum air sejuk, kami tidur dgn penuh bahgia di waktu malam, tapi kami terlupa tiap2 mlm ibu tidur dgn linangan air mata rindu kpd anak2 ibu"

Kata org gaji
" x elok kamu meratap ibu kamu begitu, semua org dh dtg nk urus jenazah mak kamu "

Lalu seorg dari mereka merayu
"Tlglah jgn bawa ibu kami pergi.Kami rindu akan ibu kami"

Sambil mereka peluk ibu mereka lantas berkata
"Ibu dengarkanlah kata-kata yg terakhir drpd kelima-lima anak ibu,sebelum mayat ibu disemadikan di liang lahad, halalkanlah setiap setitis air susu ibu yg ibu beri kpd kami bu, halalkanlah setiap titis air susu ibu yg ibu beri dgn penuh kasih sayang, halalkanlah setiap titis air susu ibu yg telah membesarkan kami bu.kami anak yg derhaka.Tanpa pengampunan drpd ibu, Allah xkan ampunkan kami, nerakalah tempat kami"

Sebaik shj ibu mereka meninggal dunia, ada diantara mereka yg muflis, tidak siuman, yg anak mereka terlibat dgn gejala sosial, yg anak mereka menjadi ank derhaka.Inilah janji Allah akibat anak yg derhaka.

Justeru,berbaktilah kpd ayah dan ibu,krn tanpa ayah dan ibu mana munkin kita lahir ke dunia ini, tanpa ayah ibu x bisa kita melihat bulan dan matahari,tanpa pengorbanan ayah dan ibu siapalah kita pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan