Khamis, 29 April 2010

KTM menyediakan gerabak khas utk kaum sepertiku


Bila mana aku terbaca berita nie di akbar metro, perasaan aku lega yg teramat.Syukur alhamdullilah.Bagus jugak pihak KTM buat mcm tue. Banyak manfaat yg boleh dapat antaranya mengelakkan ganguan seksual walhal wanita yg mengandung, tua dan yang membawa kanak-kanak mempunyai harapan yang cerah utk mendapat tempat duduk.

Mengenai ganguan seksual di atas, aku dan story sikit pasal kisah kawan aku yg pernah mengalami trauma akibat diraba oleh seorg lelaki ketika mana dia dan kawannya pergi bershoping di KL. Biasalah perkhidmatan KTM biase ye jarang sekali aku tengok keadaan di dalam gerabak kurang penumpang, selalunya macam tin sadin penuh, sesak dengan baunye pendek kata mcm2 ada. Oleh kerana keadaan di dalam KTM yg mcm tin sadin tue, maka x mustahilla kejadian tue boleh berlaku. Ada sahaja tangan yang tertiba je gatal mereyam nak menyeluk saku org la nak meraba org la. Dan ketika mana kejadian itu berlaku, member aku nie sedar, walaubagaimanapun oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan utk dia membuat sebarang tindakan, dia hanya mendiamkan diri. Selepas keluar dari KTM barulah dia menceritakan hal itu kepada rakannya. Pengalaman dari member aku nie sedikit sebanyak menyebabkan aku rasa berhati-hati apabila hendak menaiki perkhidmatan tersebut.

Tapi keadaan sebaliknya telah berubah apabila pihak KTM telah membuat satu perubahan yang mana pihak mereka telah membuat satu pengasingan gerabak khas untuk kaum wanita yang telah dimulai hari ini dari setesen Port Klang. Tetapi aku rase kecewa sikit sebab laluan Rawang ke Seremban pelaksanaanya agak lewat dan akan dimulai pada 15 Mei.Apa-apa pun, aku harap pelaksanaan ini dapat dijalankan secara berterusan dan mendapat maklum balas serta reaksi yang positif daripada pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan