Selasa, 18 Mei 2010

Penat jugak duduk umah ye.....


Cuti sem kali nie memang aku jd suri rumah betul, x g keje memane pun, tp adalah gak teringin nak cr keje tengah cuti2 nie. Mane dak ye 2 bulan tue cuti xkan asyik nak keje RTM (Rehat, Tido dan Makan) je kut, alamat berpam2lah badan aku ni hah.


Bercerita tentang cuti nie, banyak dah aku dengar, kawan2 aku menanya ko wat pe cuti sem nie,sibuk nak cari keje la dan mcm2 lagi, bukan aku x mau cari keje, tapi disebabkan kat umah aku xde transport nk g keje, motor adik aku pakai bawak g belajor tinggalla motor cabuk yg xde rotek. Giler ke haper aku nk bawak ke Sg besar cari keje, ish udah2lah adik aku ari 2 gune nk g kejap je ke pekan Sg besar dah kene tahan ngan pak polisi.Kesian. So aku x maula bende tu kene kat aku plak.Naya aku cari penyakit.

1st week hehehe, bersantai2 dulu kat umah.Minggu seberikutnye alamak dah start dah mak aku memberi ceramah,bdn dah naik le, tido lebih le, cari keje paedah le.Alalahai. Mak aku nie seorg ibu yg jenis x suke tengok ank die landing2 lame2 sgt, die meluat, so dia bg la suggestion kl kt x dpt cari ke,je ko pg le menjual apa2 yg patut,bercucuk tanam ke, menjahit ke. Mmm aku bab2 jahit serender dulu, sbb aku nie tangan kayu, cucuk benang pun terkial2x, manakan nk menjahit jelujur baju org yg tempah kat mak aku, berjanggut la mak aku menunggu.X suke2x, bukan minat aku, Kesian mak aku anak die sorg nie x dpt nak mewarisi kebolehan die menjahit baju. Tapi aku nie suke masak, dan suka melakon2, dan mereka2 masakan. Kl tengok ctr Asian Food Channel tue ade saje nk dicube ye walaupun x cukup bahan. Kadang2 menjadi kadang2 tah haper2.



Oleh kerana minat aku ke arah masakan, mak aku cadang suruh aku menjual waktu petang. Nak niaga?? Nak niaga mcm mane? Eee malu la plak? Tapi oleh kerana nak mengelakkan aku terus menerus diceramah, dan membuang masa x tentu pasal, sedikit sebanyak idea tue memang boleh diterima pakai. At least dapat menjana pendapatan aku, lepas jugak duit poket nanti nk bukak sem, xyah mak ayah aku nk bg duit belanja.

Aku bincang punya bincang ngan mak aku, so kata sepakat adalah mak aku tlg jualkan, aku masak. Walaupun memang kurang patut la mak aku tlg jualkan tapi bila dipikir2kan mak aku nie famous kt kampung,mempunyai regular custumer dan satu lagi kesian kat anak die nie sorg ,so mak aku yg comei nie la tlg jualkan.

Minggu pertama( minggu percobaan) nk masak aper yerk utk dijual. Mak aku kata jual la laksa org kat sini suke makan. Dalam pukul 12 tengah hari setelah membereskan kerja2 umah aku pun bersungguh2la membuat laksa, hampir 13 bungkus aku pakedkan. Uih, ya allah penat jugak membuat ye, sakit jugak tulang belulang aku nie. Nak jual x boleh lewat sgt takut nanti org keluar beli makanan, dak pun org akan membuat makanan petang. Dalam hati habisla nant pelanggan aku. Lepas je solat asar, semua makanan yg hendak dijual sudah aku masukkan ke raga motosikal mak aku. Mak aku pun bersiap dan berlalu pergi. Minggu pertama semua jualan aku habis dijual,alhamdullilah.

Next week, lagi2 hari ini cubaan betul bagi aku, semalam dan hari nie laksa aku x habis dijual, dugaan2. Semalam aku jual mcm biasa, mak aku ada bacaan kat surau so mak aku malas nak menjaja, disuruhnya aku hantar di surau, laku hanya 10 yg selebihnya disedekahkan kat geng2 surau mak aku, xpe la. Sedekah2 biar berkat. hari nie plak bertambah ketaklakuan jualan laksa aku oleh kerana cuaca yg x mengizinkan. Hujan lebat, ingatkan x blh nk keluar menjual,sedih2 tunggu hujan reda mak aku mintak aku jual plak, alamak, xsemangat ye aku sebab aku nie pemalu, tapi digagahkan jugakla, sbb ye saper nk makan laksa yg aku dah bungkus bebanyak nie. kakak aku plak x kasi mak aku jual sbb hujan masih renyai diluar, lagipun hari dah makin petang so aku pun nk x nak tawakkal jela menjual kat sekitar kampung aku. Walaupun x laku 4 bungkus tapi aku happy, 2 bungkus aku sedekahkan kat last customer dan 2 bungkus lagi aku bawak balik ke rumah sbb mak n bapak aku x rase lg penangan masakan anak die nie. Minggu sudah laksa yg aku buat mak kata x beraper sedap sbb cair dan tawar, tapi minggu nie ayah aku kata boleh tahan. Sampai bertambah dua pinggan tula yg dikatakan boleh tahan bapak aku, paham sgt dah walaupun bapak aku nie x suka puji anak, kl kata sedap dia x kabo gitu dia kata bolehla je. Boleh pun boleh la yg penting custumer aku x de complain dan enjoy menjamu selera.

Malam pulak bermula pada minggu sudah, kakak aku ajak aku g senam erobik dan ke gim kat Sg besar. Al maklumlah duk umah mane la boleh tahan nafsu makan, kakak aku pun boleh tahan dah berisi so tekad 2 adik beradik nk kuruskan badan. Tah le penat dan bermandi peluh yg kurang hanya sekilo je. Mmm penat2x. Lemak dah tepu kat badan la kut tu pasal la susah nk turun. Tapi xpe, baru 2 minggu, cuba jela mane tahu kesibukkan aku kat umah nie, boleh membantu aku menguruskan badan aku nie. Insyallah.


Beginilah rutin hidup aku utk cuti sem nie, padat dengan aktiviti yg boleh dikatakan direncanakan oleh kakak n mak aku, so berfaedah jugak selain tue aku sgt2 happy. Teme kasih alang dan mak.I love my family. Muah3x...

Sabtu, 15 Mei 2010

SeLaMat HaRi Guru




Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan khususnya aku yg bakal menjadi seorg pendidik. Wau mcm x percaya plak yg aku bakal menjadi seorg pendidik. Layak ke aku jd guru? Ape yg seronok ye jd guru? x takut ke kene berkhidmat jauh2? Mmm...Itu semua bukan persoalannye sekarang sbb aku dah pilih karier ni sebagai pilihan aku yg pertama.

Tah la mcm mane ctr ye aku boleh tercebur dalam bidang ni aku pun kurang pasti,aku rasa salah satu ye berkat doa mak aku yg nk sgt anak2 ye jd teacher ke ustazah ke yg penting title GURU tu akan menjadi hak milik anak ye.hehehe. termakbul jugak ye mak harapan dan impian mak nakkan anak mak jadi guru. dah dua org anak dah mak, ni sorg lagi bakal menyusul.

Ada org kata jd cikgu nie senang, mudah, keje separuh hari, gaji boleh tahan, boleh luangkan masa pada keluarga, (khususnya perempuan),dapat menikmati cuti sekolah yang panjang dan macam2 lagi la aku dengar dr mulut org. Tapi semua tue betul kee? Pada aku x semua ye tue betul, aku rasa susah gak jadi cikgu, banyak tanggungjawab yg nk dipikul dan banyak kerje yg nak dilaksanakan bukan sahaja sekadar mendidik dan mengajar hanya di dalam kelas sekadar menulis di papan putih dan menceloteh itu dan ini tapi guru ni dialah kerani, dialah pemandu pabila anak murid ye sakit nk g hospital, dialah pemotivasi time anak murid membuntukan bantuannya, dialah pekebun time gotong royong pendek kata mcm2 keje dibuat.

So teme kasih la cikgu yang mengajar aku, baru aku tahu betapa susah ye jadi cikgu apa tak ye nk mohon jadi cikgu sekarang ni pun dah susah berduyun2 org mintak,belajar jd cikgu yg baik pun agak susah sbb teori yg diajar x same ngan praktikal dan realiti sebenar ktr jd cikgu.pastu nk posting x tahu lagi dgn keaadaannya skarang nie, biler dapat keje tanggungjawab mendidik kene bersungguh-sungguh yela nk dpt reseki yg halal dan tanggunjawab aku tu nk bentuk ank bangsa biar jd org yg berguna. aku nie plak bukan ye baik sgt tp nk jugak jd org baik kalo nk jadi cikgu yg bagus lagila mcm2 cobaan kan. yela nk jadi yg terbaik kter kene buat sehabis baik. itulah yang aku harapkan, dambakan dan takkan lekang dari mulutku ketika ku berdoa pasti aku memohon agar Allah mekmakbulkan permohonanku suatu hari aku akan menjadi seorg pendidik yg berjasa baik dari segi agama, bangsa dan negara. Amin Ya Rabba Allami.

Justeru, dikesempatan ini aku nk ucapkan berjuta, bermilion, berlemon-lemon terima kasih kepada cikgu-cikgu tadika kemas Parit 6, semua cikgu SK dan SA Parit 6, cikgu SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bt 38, SMK Sri Bedena dan x lupa pada penyarah Program Pendidikan Khas UKM yg sudi mengajar aku dan menerima aku sebagai pelajarmu. Hah x lupe juga kepada kawan2 seperjuangan aku yang telah pun terjerumus ke dalam bidang nie aku ucapkan Selamat Hari Guru, Jd la guru yg terbaik dan didikla anak didik kita dengan hati yang ikhlas, seronok dengan penuh kepuasan.



Ahad, 9 Mei 2010

selamat hari ibu




Padamu kuharap kau hadir dalam hariku,

Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,

Setiap masa seolah ada disisi,

Kasih padamu takkan pernah padam,

Sayangku, hanya engkau dihati,

Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,

Oh belaianmu..



(*) Kasih, kita ditakdirkan bersama,

Takkan engkau kupersiakan,

Walau terkadang hati mudah terusik olehku..



Selagi ada nyawa,

seluruh daya kan kupastikan kau gembira,

Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu...

Ke akhir hayatku..



Oh ibu..

Ibu...

Ulang (*)


Khamis, 6 Mei 2010

Biskut Dahlia





Baru2 ni tah aper tah tetibe je rajin membuka buku resepi, terdetik kat hati aku nk buat biskut dahulu kala. Hah, ada! biskut dahlia. Mmm, dah lame benor den x pekenan makan kuih nie, time raye rase xpenah pun kami buat, skang nie almaklum la sibuk belaka, makan kuih tunjuk jela.Hehehe...

1. So 1st step aku kene menyediakan bahan biskut yg aku perlukan:

172 gram tepung kastard
100 gram tepung gandum

100 gram aising sugar
172 gram majerin
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
ceri (sbg hiasan,tapi aku ganti bijan xde ceri da:)

2. panaskan oven dalam suhu sekitar 180 celsius ( agak2 10-20 minit)

3. masukkan gula dan mentega ke dlm mangkuk

4. putar3x........


5.pukul sampai sebati dan menjadi putih

6.masukkan telur dan vanila

7.putar lagi.......


8. masukkankan kedua2 tepung yg telah diayak dan gaul pelahan-lahan

9.jangan gelojoh, masuk ckit2x.....


10.Bila semuanya sudah molek dan sebati, masukkan adunan tu ke dlm paiping bag dan acuan kon ye plak terpulang janji korang picit tue bentuk bunga.

11.masuk aduan lebih kurang suku drpd paiping bag tue jgn banyak2x, nant susah nk paip...
.mcm nie;D

13. semperitkan ke atas dulang

14.bubuh bijan di atasnya

15. bakar lebih kurang 10-15 minit

16. hidangkan dan sajikan diwaktu petang dan lebih syok minum bersama teh panas..Mmmm...nikmatnye:p




SELAMAT MENCUBA!!!

Rabu, 5 Mei 2010

hebat ke berkahwin dengan org seberang??

Sekadar gambar hiasan jerk

Belum reda isu gadis tempatan terkena panahan cinta jejaka Lombok, timbul pula kisah kecenderungan lelaki Malaysia berkahwin gadis seberang, atau lebih tepat dari Sumatera, sejak akhir-akhir ini.Wow! dahsyat2x.

Fakta menarik berdasarkan rekod Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang menunjukkan dalam tempoh lima bulan lalu, 30 lelaki Malaysia berkahwin dgn wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan dan sebanyak 80% wanita yg dijadikan isteri adalah calon isteri yang kedua. Biler kita dengar berita mengenai isu ini,rata-rata dalam kalangan mereka yang dijadikan calon isteri terutamanya ada yang mempunyai status janda yang sudah beranakla, mempunyai pendapatan rendah, dan kurang berpendidikan.

Jadi banyak persoalan-persoalan, pertanyaan-pertanyaan yang timbul adakah wanita di Malaysia nie x laku, demand, x romantik, agresif, meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi, obsesi mengejar kerjaya atau mungkin disebabkan wanita di seberang yang mudah dipikat, lebih mesra atau mempunyai paras rupa yang menawan. Mmm.yeke??

Pada pandangan aku, itu semua merupakan faktor yang mendorong masyarakat kita sekarang ini berkahwin dengan wanita seberang. Hebatkah mereka itu,??Aku rasa semua org ada perseptif, alasan dan pandangan yang berbeza-beza dan tersendiri. Cuba kita sebagai wanita perlu memperhebatkan diri dari segala aspek.Kalo kata mereka hebat kenapa kita tidak boleh sehebat mereka.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga memanglah kalo sudah dikatakan jodoh dengan wanita seberang apa yang yang dikata atau inilah la yang dikatakan cinta itu buta dan semuanya itu bergantung kepada nawaitu masing-masing.Tapi kita harus sedar apakah implikasi atau untung dan ruginya tren sebegini berlaku. Melalui info yang aku dapat berdasarkan salah sebuah akhbar tempatan menyatakan bahawa mengikut Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun. Selepas lima tahun, isteri itu layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak pasangan berkenaan automatik menjadi warga negara Malaysia.

Kesimpulannya, walaupun hasrat Malaysia mahu mencapai 70 juta penduduk tapi x payahla nak kempunan sgt sampai kawin dgn org seberang. Cukup-cukuplah warga asing yang datang ke negara kita ni sudah berlambak-lambak dan sekarang nie dilihat di bandar terutamanya mereka sudah mulai mendominasi perniagaan kecil, membawa gejala sosial yang teruk di pula ditambah dengan tren perkahwinan dengan wanita seberang. So, fikir-fikirkan...